Allah SWT Telah Berfirman Di Dalam Surah An-Nur Tentang Cerminan Jodoh. Jom Kita Hayati.

 

Dalam Islam jodoh adalah sebuah cerminan diri, jika baiknya seseorang itu, Insya Allah akan dapat jodoh yang baik dan sebaliknya. Jika seseorang itu baik tetapi mendapat jodoh yang tidak sebaiknya, maka ia adalah ujian dari Allah SWT agar sama-sama memperbaiki kelemahan tersebut.

Hanya Allah yang mengetahui. Bagaimana jodoh tercipta dan seperti apa Allah memberikan yang terbaik untuk hamba Nya telah dijelaskan dalam Surah An-Nur seperti berikut…

1. Surah An-Nur: 3

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”

Ini dijelaskan bahawa cermin dari jodoh yang Allah telah ciptakan untuk hambaNya, lelaki atau wanita yang berzina kelak akan mendapat jodoh seperti dirinya. Oleh itu setiap daripada kita wajib untuk menjaga diri dari segala maksiat agar kelak mendapat jodoh yang mengajak ke arah kebaikan.


2. Surah An-Nur: 26

“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia”

Seperti ayat diatas, Allah memberikan jodoh berdasarkan akhlak dari hambaNya sendiri. Oleh sebab itu, kita sentiasa dinasihat supaya memperbaiki diri terdahulu dengan melaksanakan perinta Allah SWT dan menjauhi segala laranganNya agar mendapat jodoh yang baik.


3. Surah An-Nur: 32

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.”

Dalam ayat ini juga, Allah berfirman, tidak perlu takut jika mendapat jodoh yang kurang hartanya masih berterusan berjuang mencari rezeki kerana Allah memberi jodoh disertai dengan jalan untuk mendapat rezeki dengan mudah.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,825 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen