Jangan Pernah Rasa Menyesal Berjodoh Dengan Si Dia, Kerana Ia Pasti Akan Hancurkan Hubungan.

 

Apabila kita telah bertemu dengan seseorang dan meneruskan untuk menamatkan zaman bujang bersama, jangan lah terdetik di dalam hati kita “Kenapa aku kahwin dengan dia eh?”. Di situ sudah menunjukkan anda seperti ragu-ragu dan seolah-olah menyesal dengan perkahwinan tersebut. Perkara ini sudah semestinya akan membuatkan hubungan kalian berdua menjadi lebih teruk dan anda terdorong untuk melihat kelemahan si dia sahaja.



Takdir dan masa hadapan kita telah ditentukan oleh Allah SWT. Kita sebagai manusia biasa perlu lah berusaha dengan daya tenaga sendiri untuk menjaga huungan tersebut dengan BERDOA supaya ia kekal harmoni.

Memperbaiki diri sendiri bukan sahaja kearah kebaikan dan jalan diredhai oleh Allah SWT, tetapi anda perlu sentiasa melihat masa hadapan. Melihat masa hadapan bersama si dia. Rancang masa hadapan bersama kekasih tercinta. Untuk menanamkan perasaan positif tersebut, anda jangan terlalu meratap masa silam, dan hanya melihat keburukan yang dilakukan oleh si dia pada masa lalu.



TERDETIKNYA PERASAAN MENYESAL ITU KERANA…

Anda sentiasa membuat perbandingan diri dia dengan kehidupan orang lain…

Anda baru tahu sahaja masa silam si dia dan hanya melihat keburukan yang dilakukan…

Anda tidak berlapang dada ketika mengetahui kelemahan dan keburukan si dia…

Berkemungkinan besar niat anda untuk berkahwin dengan si dia hanya menurut nafsu semata-mata…



Oleh kerana itu, hadapilah kenyataan. Inilah punca masalah kita. Jangan lari daripada masalah dengan menyalahkan kisah silam. Hal ini akan membuka pintu syaitan sehingga mampu untuk meracuni fikiran kita.

FIKIR LAH SECARA MATANG

Dalam menangani masalah sebegini, anda sepatutnya berfikiran rasional untuk menyelesaikan setiap konflik. Oleh kerana itu, didiklah diri anda dari sekarang untuk menyelesaikan masalah bersama pasangan, berduaan sahaja. Jangan libatkan dengan pihak ketiga kecuali kaunselor dan orang yang boleh dipercayai (boleh simpan rahsia).



FIKIR TENTANG DOSA SENDIRI

Cara terbaik untuk bermuhasabah setelah terdetiknya perasaan menyesal ini adalah, pejamkan mata anda, dan fikir tentang segala dosa yang anda lakukan. Mungkin Allah memberi pembalasan melalui perkara sebegini. Ini adalah takdir Allah SWT. Allah mahu menghapuskan dosa-dosa anda secara perlahan, maka kita perlu redha dan berserah.

PENTINGNYA UNTUK MEMAHAMI SYARIAT KAHWIN DAN IKHLASKAN DIRI MENGAHWINI PASANGAN

Jika anda buntu untuk menyelesaikan masalah sebegini, suburkan kembali hati kepada Ilahi. Renunglah setiap hikmah di sebalik masalah. Insya-Allah, ada kebaikan dari semua masalah yang anda hadapi. Jika anda berkahwin kerana Ilahi, pasti hati anda ikhlas untuk menerima pasangan seadanya.



 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 366,263 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen