5 Sikap Pasangan Yang Membuatkan Anda Rasa Tidak Dihargai.

 

Semua orang ingin dirasai dan dicintai pasangan serta mengharapkan satu hubungan yang bahagia ketika bercinta. Namun tidak semua impian itu menjadi kenyataan. Apa yang terjadi dalam hubungan anda? Anda rasa diabaikan serta tidak dihargai oleh pasangan anda. Perasaan seperti itu akan membuatkan sifat negatif datang mendekati anda. Jadi sebelum anda mengalami tekanan oleh hubungan seperti ini, mari ketahui sikap yang membuat anda rasa tidak dihargai.



1. Pasangan mengabaikan perasaan anda.

Ketika anda sedang mengalami satu masalah pasangan anda tidak mengendahkan hal tersebut. Bukan hanya itu, ketika anda mengalami kesusahan juga pasangan tidak ada di sisi anda. sebagai pasangan kepada anda, dirinya seharusnya tahu bahawa anda memerlukan sokongan pada waktu-waktu tertentu. Maka dirinya sepatutnya sentiasa berada di saat susah mahupun senang.

2. Pasangan mempunyai ego yang tinggi.

Semua orang mempunayi ego mereka yang tersendiri, termasuklah diri anda. Tidak semua perkara boleh menggunakan ego. Ego perlu dikawal demi menjaga hubungannya dengan anda. Jika dia tidak mengawal egonya, bagaimana kalian mahukan hubungan yang bahagia?

3. Pertengakaran yang memenatkan.

Bergaduh mengenai perkara yang sama tidak akan menunjukkan perubahan yang baik dalam hubungan anda. Kalian sehatusnya mengambil keputusan untuk berbincang secara tenang bukannya hanya bergaduh dan mengulangi perbuatan yang sama.


4. Pasangan tidak mempunyai masa bersama.

Memiliki pasangan yang sentiasa sibuk juga boleh memakan diri anda sendiri. Mana tidaknya anda juga mahukan perhatian daripada dirinya. Jika dia terlalu sibuk dengan urusannya masa bila dia mahu bersama dengan anda.

5. Pasangan lebih selesa bersama rakan-rakannya.

Mengabaikan anda dan memilih untuk bersama-sama rakannya adalah satu hal yang sangat mengecewakan. Pasangan anda seharusnya membahagikan masa dengan bijak antara anda serta rakan-rakannya, bukannya mengutamakan rakan-rakannya.

Jika anda melihat pasangan anda mempunyai lima sikap ini, jangan terus berdiam diri anda membiarkan anda terluka. Anda juga berhak untuk rasa dihargai, maka cari pasangan yang akan menghargai anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,519 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen