5 Kelakuan Yang Sukar Dikawal Apabila Anda Jatuh Cinta.

 

Jatuh cinta adalah satu perkara biasanya yang akan berlaku dalam kehidupan seorang manusia. Ia boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja, tanpa kira waktu, tempat mahupun keadaan. Jatuh cinta akan membuat seseorang lebih ceria berbanding dirinya yang biasa. Bukan itu sahaja, kelakuan-kelakuan anda juga akan mula berubah tanpa anda sedari. Dalam pada masa yang sama, terdapat beberapa perkara yang akan kerap kali akan lakukannya. Berikut adalah lima perkara yang akan anda lakukan.



1. Perhatikan gerak geri pasangan.

Satu perbuatan yang anda akan lakukan kerap kali terjumpa dengannya adalah akan mencuri-curi pandang dirinya. Anda juga menjadi stalker di dunia nyata. Anda akan mula melihatnya dalam pada masa yang sama anda tidak mahu tertangkap kerana melihat diri. Setelah melihat apa yang dilakukan, anda akan senyum-senyum sendirian.

2. Cuba meniru gelagat pasangan.

Salah satu bukit yang menunjukkan diri anda sudah mula obsesi dengan dirinya apabila anda mula mengikuti gerak gerinya. Sama ada gaya percakapan, perbuatan ataupun ayat-ayat yang kerap kali dirinya gunakan. Anda juga akan mencuba lakukan apa yang dirinya suka. Banyak perkara mengenai dirinya yang anda cuba untuk tiru dan menjiwai.

3. Melihat orang lain seperti dia.

Ketika anda jatuh cinta, fikiran anda akan hanya memfokuskan dirinya. Maka dengan itu, anda akan mudah membanyangi dirinya. Perkara seperti ini mudah terjadi apabila anda berjauhan dengan dirinya serta merinduinya. Apabila seseorang yang mempunyai gaya pemakaian ataupun cara jalan yang sama anda telah menganggap dirinya seseorang yang anda cintai.


4. Banyak berangan.

Apabila sudah dilamun cinta ini, tidak sah lah kalau anda akan lebih banyak berangan. Membanyangkan masa depan bersama, serta mengatur masa depan anda dengannya. Walaupun pada ketika itu anda masih lagi berada di peringkat awal percintaan, namun anda tidak mampu untuk menahan diri dari melakukan hal demikian.

5. Kerap melihat media sosial si dia.

Anda akan melihat media sosialnya setiap masa dan membelek setiap gambarnya di media sosial. Apa yang lebih parah lagi, anda mula membaca komen-komen dari bekas kekasihnya mahupun rakan-rakannya sehingga anda rasa cemburu. Apabila rasa cemburu itu tidak mampu dikawal anda akan pura-pura merajuk.

Jatuh cinta ini sememangnya membahagiakan dan mengembirakan, namuan begitu jangan melakukan pelbagai perkara-perkara yang pelik sehingga membuatkan diri anda hanyut dari dunia anda yang sebenar.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,059 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen