Tanda-Tanda Teman Lelaki Mengambil Berat Tentang Anda Ke Jalan Yang Diredhai Allah SWT.

 

Apabila kita menyayangi sesuatu benda atau perkara, sudah tentu kita akan mengambil berat tentang ia, bukan? Bagaimana kita menyayangi seekor kucing? Memberi dia makanan, bawa pergi ke klinik untuk memantau kesihatannya, malah kita rajin untuk mandikan sang kucing tersebut.



Seperti lelaki yang terlalu menyayangi keretanya sendiri. Pelbagai cara si lelaki ini cuba untuk mencantikkan kereta tersebut. Sanggup berhabisan wang semata-mata untuk menjaga kereta yang tidak bernyawa itu. Tetapi adakah si dia menjaga anda seperti menjaga kereta tersebut?

Bagaimana pula si lelaki yang soleh mengambil berat tentang anda?....



Jom baca…

1. “Kita tak patut keluar berdua…”

Si dia sedaya upaya tidak mahu keluar berdua dengan anda kerana apabila keluar berduaan pasti adanya pihak ketiga yang sembunyi di dalam hati. Dan dia juga tahu, hati dan perasaannya sebagai seorang lelaki apabila keluar berdua dengan anda, sebaik mungkin ingin menjaga hatinya.

2. “Saya tak suka awak keluar lewat malam…”

Si dia juga tidak suka apabila mengetahui anda akan memandu kereta pada waktu malam. Bukan sahaja tampak tidak manis apabila gadis keluar waktu malam, malah ia membahayakan keselamatan anda sahaja. Hatinya berkecamuk dan tidak tenang. Tetapi tidak boleh temankan anda, kerana belum ada ikatan yang sah lagi.



3. “Awak, labuhkan sikit tudung tu…”

Si dia sentiasa menasihatkan anda, apabila terlihat gambar anda di sosial media. Jangan terlalu mendedahkan wajah manja dan bentuk tubuh badan. Si dia sering mengingatkan anda untuk menghormati peranan bapa, supaya tidak digelar seorang ayah yang dayus.

4. Jarang hubungi anda dan hanya mesej tentang perkara penting sahaja seperti …

“Awak jangan lupa solat…”

“Hari ni jangan lupa mengaji…”



“Hari ni ada ceramah disurau, saya nak share sikit…”

Si dia juga amat jarang menghubungi anda. Jika call pun, pasti akan loud speaker dan berbual dengan adik-beradiknya juga. Tidak mudah mengungkapkan kata rindu, kerana rindunya pada anda hanya menjadi doa selepas sahaja dia solat.

Dan yang paling penting adalah, sudah tentu si dia mahu percepatkan pernikahan antara anda berdua kerana untuk mengelakkan fitnah. Namun sedemikian, jangan lah melepaskan jika anda berkenalan dengan lelaki yang sebegini. Amat jarang untuk bertemu dengan lelaki soleh zaman sekarang, kerana masing-masing mahu kan hubungan untuk keseronokan duniawi sahaja.



 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 413,594 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen