Mengapa Sukar Mencari Pasangan Pada Usia 26 Tahun? Mari Ketahuinya.

 

Semakin usia meningkat semakin sukar untuk mencari pasangan hidup, itulah yang sering kali kita dengar daripada mereka yang berusia 26 tahun ke atas ini. Bagi lelaki, umur yang semakin meningkat ini tidak menjadi masalah buat mereka, kerana pada usia ini mereka semakin dikejar oleh wanita. Manakala, wanita pula pada usia ini sangat membimbangkan jika masih belum mempunyai pasangan. Mana tidaknya takut tidak ada orang nak apabila usia makin bertambah nanti. Kesukaran mencari jodoh pada usia ini sememangnya merisaukan, tetapi mengapa jodoh sukar datang ya? Jom ketahuinya.



1. Bertemu dengan pasangan yang suka mengatur hidup anda.

Anda pernah menjalinkan hubungan bersama dengan seseorang yang suka mengatur hidup anda. Sepanjang hubungan itu, anda merasa tidak bahagia dan terkawal. Selepas berpisah, anda merasakan satu pembebasan hingga menyebabkan anda takut untuk jalinkan satu hubungan yang baru. Anda takut untuk bertemu pasangan seperti dirinya.

2. Anda terlalu selesa dengan hidup anda.

Tidak banyak masalah yang anda hadapi pada ketika ini. Tanggungjawab anda hanya terbagi kepada diri sendiri dan ibu bapa anda sahaja. Maka dengan itu, anda mampu tidur dengan lena tanpa sebarang gangguan. Anda merasa terlalu selesa, itu yang menyebabkan anda tidak mahu pasangan lagi.

3. Dari pandangan seorang lelaki anda kelihatan sudah mempunyai pasangan.

Apabila usia semakin meningkat, ramai lelaki takut untuk mendekati anda. Bagi mereka, pada ketika ini kemungkinan anda sedang berada dalam satu hubungan yang serius. Maka mereka akan mengambil langkah untuk tidak mendekati anda.


4. Cita rasa anda terlalu tinggi.

Anda telah menolak ramai orang, bukan kerana tidak move on dari hubungan lalu, tetapi tidak ada di antara mereka yang memenuhi cita rasa anda. Maka dengan itu, anda membuat pilihan untuk mencari lagi sehingga anda menemui seseorang yang memenuhi cita rasa anda.

5. Terlalu sibuk berkerja.

Jangan jadikan sibuk sebagai alasan anda untuk tidak mencari pasangan. Anda seharusnya pandai membahagikan masa dengan bijak antara kerjaya dan kepentingan hidup. Jika anda memilih kerjaya, bermakna anda sendiri yang tidak mahukan pasangan.

Jangan pernah menyerah kalah dalam usaha mencari jodoh, hal ini kerana jodoh yang terbaik untuk anda akan tiba pada waktu yang tepat dan anda sudah bersedia. Melainkan anda sendiri yang terlalu memilih dan tidak mahu keluar dari zon selesa anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 632,649 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen