Kelebihan Bertemu Jodoh Pada Usia 30an.

 

Sebahagian daripada kita ada sahaja yang lambat bertemu jodoh. Kebiasaannya majoriti pasangan bertemu jodoh di awal usia dan belum lagi mencecah 30an. Itu adalah rezeki masing-masing yang Allah SWT telah tentukan.



Pada mereka yang lambat bertemu jodoh pasti ada sesuatu perkara yang Allah telah janjikan. Berkemungkinan anda berjanji untuk membalas jasa kedua ibu bapa dahulu, berjanji untuk melunaskan perkara yang belum beres seperti mempunyai pelajaran atau kerjaya, berjanji untuk memperbaiki diri sebelum bertemu jodoh, pasti ia tidak diketahui kerana ia adalah rahsia Allah SWT.

Namun sedemikian, rahsia mereka yang bertemu jodoh pada usia 30an adalah untuk memastikan anda matang untuk mengharungi kehidupan. Kita perlu diingat usia bukan pengukur kematangan seseorang. Ada juga yang muda tapi lebih matang daripada yang berusia. Mungkin Allah memberi jodoh pada usia 30an kerana tahu anda telah matang untuk melangkah ke tahap yang seterusnya.



Kelebihan bertemu jodoh ketika usia 30an juga seperti…

1. Tiada lagi mengejar keseronokan.

Mereka yang bertemu jodoh dan bernikah ketika usia ini, lebih mementingkan perkahwinan daripada cinta yang tiada hala tujuan. Mereka bertemu dan hanya bercinta kerana mahu terus berkahwin, tiada lagi keseronokan kerana telah alaminya ketika muda dahulu seperti keluar sehingga lewat malam.

Mereka juga jarang berjumpa dan hanya menumpukan untuk menyimpan wang perkahwinan daripada boros menonton wayang dan menikmati makanan di restoran yang mahal.



2. Matang dalam perancangan hidup.

Oleh kerana mereka bercinta untuk terus berkahwin, sudah pasti mereka akan terus bincang tentang perkahwinan, bukan lagi bercuti sana-sini menghabiskan duit. Mereka sudah merancang untuk memiliki akaun simpanan bersama, merancang membeli rumah dan tahu menetap di mana, perancangan ahli keluarga untuk pergi ke haji atau tidak dan sebagainya.

3. Tidak buang masa bercinta dengan lama.

Kebanyakan mereka yang bertemu jodoh sudah tentu ketika umur yang hampir ke 40an, jadi tiada masa untuk bercinta yang terlalu lama. Tidak sampai 6 bulan berkenalan, sudah bernikah.



Yang penting berkawan hanya untuk berkenalan dan mengetahui latar belakang dengan lebih rapat, kemudian bernikah. Berkawan pun jarang berjumpa berdua-duaan, hanya ditemani oleh ahli keluarga sahaja untuk membincang tentang hubungan kalian.

LEBIH MUDAH JIKA BERNIKAH DAHULU KEMUDIAN BERCINTA KERANA…

Lebih sweet dan boleh berpegangan tangan….

Terhindar daripada fitnah….

Nama keluarga juga pasti akan terpelihara….

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 382,642 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen