Kelebihan Memiliki Pasangan Yang Lebih Berusia.

 

Tidak kira sama ada lelaki mahupun wanita, kedua-duanya pasti inginkan pasangan yang lebih berusia kerana fikiran mereka lebih rasional dan matang. Wanita yang mahukan pasangan lebih berusia tidak dipandang jelek oleh masyarakat, namun lelaki yang memilih wanita lebih tua dianggap pelik pula. Tetapi dengan perubahan zaman sekarang semuanya menjadi normal.



Jadi apakah kelebihan memiliki pasangan yang lebih berusia ini? Jom baca..

1. Komunikasi yang lebih terbuka.

Memiliki pasangan yang lebih berusia, mereka tidak akan lagi menyorokkan sesuatu yang mereka ingin luahkan. Mereka tidak akan menyeksa hati dan perasaan supaya pasangan tidak berkecil hati. Mereka lebih lantang, dan tahu apa yang mereka mahukan dalam hidup. Jika pasangan berkecil hati, sudah tentu mereka tahu bagaimana untuk menguruskan perkara tersebut.

2. Kurang menilai keburukan anda.

Oleh kerana mereka lebih memakan garam daripada anda, sudah tentu mereka dapat menerima jika anda mempunyai kekurangan. Segala kelemahan dan keburukan anda tidak dipandang remeh oleh mereka. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk menolong anda, memperbaiki kelemahan tersebut. Mereka sentiasa memberi galakan.



3. Kematangan si dia membawa anda ke arah tujuan hidup yang sebenar.

Jika anda memiliki pasangan yang lebih muda, sudah pasti anda berdua seperti tidak tahu arah tujuan hidup. Perkara ini yang akan merosakkan hubungan. Tetapi dengan pasangan yang lebih berusia, mereka seperti tahu perkara apa yang anda patut lakukan demi masa hadapan dan segala rintangan yang anda bakal hadapi. Anda tidak lagi terkapai-kapai mencari sumber untuk hidup kerana adanya si dia.

4. Menjadi lebih sabar.

Seperti yang anda tahu, anak muda mempunyai tahap tenaga yang tinggi berbanding yang berusia. Jadi, mereka menjadi mudah tidak sabar apabila melakukan sesuatu perkara. Mereka yang berusia lebih tenang tetapi mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Kerana mereka tidak mahu menyesal seperti masa silamnya. Sudah pasti dengan sifatnya ini akan mendorong anda untuk menjadi lebih sabar juga.



5. Tidak bersaing, tetapi berkongsi matlamat.

Oleh kerana si dia ini lebih berusia daripada anda, dan telah mencapai sesuatu perkara yang dihajati seperti pekerjaan atau pendapatan, pasti si dia tidak akan bersaing dengan anda. Tetapi mereka lebih mendorong anda untuk mencapai matlamat tersebut dan berkongsi tips kejayaan.

Jika anda mempunyai pasangan yang sebaya atau lebih muda, anda seperti mahu bersaing dengan mereka dan melihat siapa yang lebih jauh pencapaiannya.

Di samping itu, secara amnya kehidupan mereka lebih stabil dan mempunyai tahap konsisten yang tinggi. Mereka telah mempunyai asas kehidupan yang boleh mengajar anda untuk hidup. Malah mereka akan menolong anda untuk mengimbangi kehidupan antara duniawi dan akhirat.



 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,284 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen