“Lagi Kita Sayang Orang Tu, Lagi Kuat Rasa Cemburu…” Besarnya Dugaan Ketika Bertunang.

 

Dugaan ketika bertunang, tidak sama seperti dugaan di awal perkenalan dan semasa alam perkahwinan. Yang pasti dugaan di alam perkahwinan, lagi jauh beza besarnya. Dugaan ketika bertunang membuatkan seseorang itu mempunyai aura untuk memikat hati orang lain, kerana berdarah manis. Aura yang berlainan ini lah yang menguji mereka untuk dirampas dan merampas.



Oleh kerana itu, adanya pertunangan sebelum perkahwinan untuk memastikan pasangan betul-betul telah memilih jodoh mereka yang tepat. Khuatir ketika perkahwinan, perceraian yang akan berlaku.

Selain daripada itu, pertunangan juga jangan lah terlalu lama bimbang ia akan terlerai disebabkan pihak lain.



Perasaan ketika bertunang pastinya amat seronok kerana ia membuktikan si lelaki ikhlas mencintai kekasih hatinya untuk dibawa ke jinjang pelamin. Tiada siapa tidak dapat menyembunyikan perasaan gementar ketika bertunang kerana ia membawa langkah kepada tanggungjawab besar selepas berumahtangga nanti.

Pertunangan juga membuatkan perasaan sayang antara pasangan lebih kuat, malah perasaan gementar itu juga memberikan kekuatan untuk pasangan lebih bersemangat menempuh kehidupan berumah tangga kelak.

Alam pertunangan adalah untuk menguji pasangan sama ada sudah bersedia ke alam perkahwinan. Di samping itu, apabila terbitnya perasaan sayang yang meluap, pasti muncul perasaan cemburu dan curiga. Ketika ini lah risiko dan cabaran yang pasangan harus harungi.



DALAM PADA MASA YANG SAMA, KETIKA INI LAH KITA AKAN MELIHAT KENAPA ORANG LAIN LEBIH MEMAHAMI, LEBIH CANTIK ATAU KACAK, LEBIH KAYA DAN SEBAGAINYA.

Jika kukuhnya perasaan setia pada pasangan ketika pertunangan, pastu akan berakhir dengan pernikahan. Justeru itu, untuk mengelakkan sesuatu yang tidak dikehendaki ketika pertunangan, anda dan pasangan tidak seharusnya;

1. Menyimpan rahsia.

2. Memendam perasaan.



3. Tiada perbincangan.

4. Membuat andaian yang buruk.

Ini lah langkah-langkah untuk menghadapi perkahwinan kelak. Anda perlu banyakkan bergaul dengan orang yang lebih tua dan berpengalaman. Jangan mengelak apabila diberi nasihat. Daripada mereka, anda akan memperoleh banyak ilmu untuk memikul tanggung jawab sebagai isteri atau suami. Terutamanya, tanya lah pada ibu bapa anda sendiri.

Paling penting, jangan lupa berdoa pada Allah SWT supaya dipermudahkan urusan. Jika anda ikhlas untuk menghalalkan hubungan, dengan izin Allah, Dia pasti akan tolong. Oleh itu, pentingnya mendidik diri untuk menjaga solat dan tidak berhenti berdoa.



 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 453,762 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen