Tanda-Tanda Anda Belum Bersedia Untuk Satu Hubungan Yang Serius.

 

Hubungan yang serius bukan hanya bernikah sahaja, tetapi bertunang juga dikatakan ke arah satu hubungan yang serius. Apabila telah saling mengenali antara satu sama lain, banyak pasangan akan bertukar arah menjadi satu hubungan yang serius, tidak lagi hanya untuk perkenalan mahupun percintaan. Tetapi anda pula sebaliknya, di saat pasangan anda mahukan hubungan yang serius anda pula belum besedia.



Tetapi bagaimana untuk mengetahui bahawa diri anda belum bersedia. Mari ketahuinya.

1. Tidak pasti dengan apa yang anda inginkan.

Dalam hubungan anda perlu tahu tujuan hubungan anda, bukanya jalinkan hubungan tanpa tujuan dan matlamat. Di mana anda perlu tahu apa yang anda inginkan bukannya hanya menuruti kata orang lain sahaja. Anda perlu membuat pilihan yang tepat demi masa depan anda. Jadi anda seharusnya sudah pasti dengan apa yang anda inginkan apabila menjalinkan satu hubungan. Bukanya masih lagi terawang-awang.

2. Masih belum berkenalan dengan keluarga dan rakan pasangan anda.

Jika anda sudah bersedia untuk satu hubungan yang serius, anda sudah mula mendekatkan diri anda bersama keluarga pasangan anda. Anda juga telah mula mengenali rakan-rakan yang rapat dengannya. Dari sini boleh lihat anda sedang berusaha menuju ke satu perkara yang serius.

3. Tidak mempunyai perasaan ingin tahu mengenai pasangan.

Apabila anda mahukan satu hubungan yang serius maka anda mempunyai perasaan ingin tahu mengenai pasangan. Sebagai contoh, apa makanan kegemaran mereka, apa hobi mereka, serta bagaimana cara memujuk mereka, namun jika anda tidak ingin tahu akan semua perkara itu. Ia bermakna anda masih lagi belum bersedia.


4. Ragu-ragu untuk menjalinkan hubungan yang serius.

Setelah didesak untuk jalinkan satu hubungan yang lebih serius timbul perasaan ragu-ragu dalam diri anda. Anda merasakan pasangan anda bukan satu pilihan yang tepat ataupun, anda merasakan belum tiba masanya untuk satu hubungan yang serius. Anda mula bimbang akan kejaya anda serta perkara-perkara lain yang menjadi rutin anda.

5. Anda tidak mahu terlalu terikat.

Akhir sekali anda tahu bahawa anda belum bersedia untuk terikat dengan seseorang walaupun anda begitu menyayanginya. Bagi anda apabila anda terikat ia akan menjadi lebih terbeban dan bertanggungjawab dalam menjaga hati pelbagai pihak.

Lima tanda ini jelas menunjukkan bahawa anda masih lagi belum bersedia untuk hubungan yang serius. Maka dengan itu, cuba untuk berbincang dengan pasangan anda demi menggelakkan perkara buruk berlaku di kemudian hari.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,609 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen