Rahsia Sebenar Seorang Lelaki Setelah Berkahwin Yang Wanita Wajib Tahu. Jom Persiapkan Diri Anda.

 

Seperti yang anda tahu, kebiasaannya lelaki lebih suka memendam perasaan dan tidak akan menceritakan masalah mereka pada orang lain. Lelaki tidak akan membiarkan orang lain dapat merasai kelemahan dan kekurangan mereka.



Tetapi berlainan pula dengan wanita yang bersikap lebih terbuka apabila menghadapi situasi yang mempunyai masalah. Mereka lebih suka bercerita, menyatakan apa yang mereka rasa, malah mampu membuat karangan beberapa helai muka surat seperti diari.

Pasangan yang telah berkahwin, si isteri pasti merasakan si suami akan menceritakan apa sahaja tetapi ia terjadi sebaliknya. Jom ketahui rahsia yang si suami…



1. Mereka tidak tahu untuk meluahkan perasaan seperti wanita.

Apabila mereka mempunyai masalah ditempat kerja, kecewa dengan hidup sendiri kerana tidak dapat menggembirakan hati si isteri, mereka lebih gemar mendiamkan diri. Mereka tidak tahu cara meluahkan isi hati mahu pun berkongsi masalah. Jadi untuk ungkap perasaan kecewa, sedih apatah lagi jika berkaitan sikap isteri adalah sangat sukar. Menariknya isteri selalu dapat mengesan isi hati pasangannya melalui air muka suami.

2. Sebenarnya si suami perlukan pergantungan dari si isteri.

Semua golongan isteri pasti menyangka bahawa lelaki itu adalah seorang ketua keluarga yang MEMBERI pergantungan pada si isteri, tetapi ia adalah sebaliknya. Untuk menjadi seorang pemimpin, mereka sebenarnya AMAT MEMERLUKAN DAN SANGAT BERGANTUNG pada isteri. Sokongan daripada isteri adalah keutamaan dalam hidup mereka.



3. Mereka sebenarnya seorang yang manja.

Setiap pasangan yang telah berkahwin tidak akan dapat menafikan bahawa lelaki akan menjadi terlebih manja. Manja yang hanya seorang ibu atau isteri sahaja yang dapat melihat. Lelaki menagihkan belaian mesra daripada seorang isteri.

Jadi, untuk menjadi seorang isteri jangan lah anda sahaja yang mengharap dibelai, tetapi lelaki juga mahu bermanja dengan anda. Namun lelaki tidak mahu menyatakan hal tersebut namun dia amat inginkannya.



4. Mereka menagihkan kata-kata pujian daripada seorang isteri.

Seperti isteri mahu dipuji, suami juga menginginkan perkara yang sama. Hal ini untuk memberi keyakinan tentang penampilan dirinya. Oleh itu sekali-sekala berikan lah kata-kata pujian buat suami. Kata-kata seperti “Handsome-nya sayang pakai baju kemeja hari ni” ada masa sudah membantu memberi keyakinan pada dirinya.

Memang benar lelaki itu mahu kelihatan kuat dari pandangan isterinya dan tidak mahu kelihatan lemah. Tetapi ini lah isi hati mereka yang sebenar. Bersediakah anda untuk berkahwin?



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,286 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen