Wanita Perlu Memahami 4 Isyarat Ini Daripada Lelaki, Supaya Mereka Lebih Menyayangi Anda.

 

Kadang-kala didalam komunikasi, wanita lebih dominan daripada lelaki kerana wanita sukar untuk berhenti apabila bercakap. Manakala lelaki hanya mendiamkan diri sahaja, tidak tahu sama ada ia adalah tanda setuju ataupun tidak. Perkara sebegini membuatkan wanita tidak sedar akan isyarat-isyarat yang diberikan oleh lelaki, kerana hanya mementingkan diri sendiri apabila berbicara.

Jadi, untuk saling menghormati dan menghargai antara satu sama lain, wanita harus tahu isyarat-isyarat ini daripada lelaki…



1. Isyarat apabila si dia perlukan ruang dan masa untuk berfikir.

Apabila dalam perbincangan, kepala lelaki seakan banyak menggeleng tanda tidak bersetuju. Dan kemudian mereka akan berdiam diri, cara begini sebenarnya untuk menjauhkan diri mereka daripada wanita yang terlalu banyak bercakap. Mungkin sering bualkan isu yang sensitif.

Jadi, wanita, apabila melihat keadaan sebegini, dan mulai sedar si dia mula mendiamkan diri. Anda perlu juga mendiamkan diri dan beri mereka ruang. Kadang-kala ia bukan salah wanita itu seratus peratus, cuma dengan mendiamkan diri dan diberi ruang, lelaki akan dapat kembali kuasa mereka untuk berfikir.



2. Isyarat apabila si dia mempunyai sesuatu hal penting untuk diberitahu.

Apabila lelaki mempunyai sesuatu hal untuk dibincangkan, si dia pasti akan mengemam mulut dengan banyak kali, menjilat bibirnya. Secara saintifik, apabila kita sering membasahkan bibir dan bermain-main dengan bibir kita ketika berbual dengan seseorang, otak kita akan memberi isyarat pada lidah dan bibir untuk berkata-kata.

Jadi, jika situasi ini berlaku, tanyakan pada mereka, apa yang sedang bermain dalam fikirannya? Tunggu sehingga mereka ingin mulakan bicara, dan kemudian dengar dengan teliti.



3. Isyarat ketika dia ingin sembunyikan sesuatu.

Jika lelaki secara tiba-tiba berhenti ketika perbualan yang rancak bersama anda, dan anak mereka meliar, pasti ada sesuatu yang mereka igin sembunyikan. Langkah pertama menjadi kekasih mereka adalah, jangan memaksa mereka untuk meluahkan sesuatu. Berkemungkinan ia bukan lah kisah anda, cuma perlu menutup aib seseorang.

Jika si dia mengatakan ia bukanlah tentang anda, anda anggukkan sahaja kepala. Ketika ini anda sebenarnya memberikan mereka peluang untuk berfikir, sama ada untuk memberitahu anda perkara yang sebenar atau tidak.



4. Isyarat ketika si dia ragu-ragu.

Mereka sering menggigit atas atau bawah bibir dan mengemam bibir tersebut dengan lama. Ketika ini mereka merasakan ragu-ragu dengan kekasihnya. Dia inginkan anda memberitahu hal yang sebenar tetapi menunggu masa yang sesuai. Berkemungkinan si dia terlihat sesuatu yang mengejutkan mengenai anda, atau terlihat anda dengan lelaki lain.

Jadi, sebagai wanita anda harus mengatakan “Apa sahaja yang awak nak bagitahu saya, saya akan cuba terima” atau “Saya akan cuba mendengar”.



 

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 448,304 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen