Tanda-Tanda Anda Dengan Si Dia ‘Couple’ Terlalu Lama, Sehinggakan Orang Sekeliling Suruh Berkahwin.

 

Sebahagian daripada pasangan telah berkenalan terlalu lama. Mungkin juga sejak sekolah sudah menjalinkan perasaan cinta, tetapi masih lagi tidak menamatkan zaman bujang. Anda sudah terlalu selesa dengan si dia, masih sayang tetapi masih tidak mencapai persetujuan untuk berkahwin.



Jom lihat tanda-tanda itu…

1. Anda pergi kemana sahaja berdua, sentiasa berdua, orang sekeliling juga sudah mengenali pasangan dengan lebih rapat.

2. Anda boleh membuat perkara yang menjengkelkan di depan si dia sehingga menaikkan kemarahan, namun tidak pula bergaduh. Ia seperti sudah lali.

3. Tiada rangsangan seksual(mahu berpegang tangan atau berpeluk) antara kalian berdua jika bertemu apa yang penting, jangan bazirkan masa dengan perkara yang tidak berfaedah.

4. Perbualan anda dengan si dia tidak seperti di awal perkenalan dimana masing-masing cuba untuk memikat hati, tetapi kali ini terdapat isu semasa, resipi masakan, anak-anak yang comel, barangan dapur atau barang perabot.



5. Ada berdua berkongsi google kalendar, google gambar mahupun dokumen. Malah berkongsi lagu di iTunes.

6. Anda seperti tidak kisah meminjam baju teman lelaki anda.

7. Kerana sering berjumpa, anda tidak kisah tidak memakai sebarang mekap, malah wajah anda juga diletakkan krim jerawat. Sempoi…

8. Ketika di mana-mana majlis atau kenduri, anda berdua duduk berjauhan tetapi hanya berkomunikasi dengan isyarat gelengan atau anggukan kepala. Hanya anda berdua sahaja memahami isyarat tersebut.



9. Anda berdua tidak lagi melakukan sebarang aktiviti yang masing-masing tidak gemari. Anda berdua mahu lakukan semua perkara dengan gembira.

10. Anda berdua tidak mempunyai sebarang aplikasi atau laman mencari jodoh seperti Tinder.

11. Anda atau si dia mampu untuk meluangkan masa bersama keluarga pasangan, walaupun tanpa kehadiran pasangan. Anda amat selesa bersama mereka.

12. Anda dan si dia tidak pernah bosan menelefon antara satu sama lain, dan anda seperti tidak faham mengapa hubungan yang terjalin perlu sentiasa berjumpa. Bukan kah zaman sekarang sudah terlalu banyak aplikasi yang boleh menghubungkan hubungan jarak jauh?



13. Apabila tiba di restoran kegemaran kalian berdua, si dia sudah tahu untuk memesan makanan atau minuman kegemaran anda.

14. Bila si dia menelefon anda, dia tahu anda berada di pejabat atau di rumah kerana si dia sudah biasa dengan perbezaan bunyi atau suasana tersebut.

15. Si dia selesa untuk bermesej dengan ahli keluarga anda, dan tidak takut untuk whatsapp bakal bapa mertuanya selalu.

16. Si dia tidak malu untuk membeli ‘Pad’ teman wanitanya. Malah tidak segan jika anda membicarakn tentang period.



17. Jika si dia tidak menghubungi anda satu hari, ia tidak menjadi masalah. Mesti kerana terlalu sibuk bekerja.

18. Anda dengan si dia tidak lagi tidur pada waktu yang sama.

19. Bagi anda tidak pelik jika ibu atau bapanya menelefon anda.

20. Malah, anak buah si dia memanggil anda sebagai mak saudara mereka.



 

 

 

 

 

 

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 632,042 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen