Untuk Mereka Yang Sedang Mengejar Cinta Seseorang, Jangan Lakukan 5 Perkara Ini.

 

Untuk anda, dia sempurna, dia baik dan mesra kepada anda. Semua yang anda inginkan dari seorang yang anda idamkan ada padanya. Anda sanggup berbuat apa-apa sahaj untuk dirinya. Anda sanggup mengejar cintanya, kerana anda percaya dia adalah yang terbaik untuk anda. Walau bagaimanapun saat anda semakin mendekati dirinya, dia pula semakin menjauh meninggalkan anda. Apa yang anda harus lakukan untuk menarik perhatiannya kembali? Apa- apa pun lebih baik mengambil sikap anggun dan bergaya dengan TIDAK melakukan ini untuk menarik perhatiannya.



1. Jangan begitu naif.

Jangan mula menipu diri anda, anda sedar bahawa dirinya kelihatan tidak begitu senang akan kehadiran anda. Jadi untuk apa anda mengganggu dirinya. Jangan begitu naif sehingga anda membiarkan kelakuannya yang hanya melukakan hati anda. Jika dia menyukai anda pasti dia akan berusaha untuk mendekati anda.

2. Jangan memaksanya menerima anda.

Anda tidak boleh memaksa sesiapa untuk mencintai dan menyukai diri anda. Jika ia hadir pun, ia hanya lah dalam keadaan terpaksa atau simpati. Anda berhak untuk mendapatkan satu yang lebih baik. Jadi berhenti memaksa dan mengejar jika dia tidak kejar anda kembali.

3. Jangan beranggapan anda sesuai untuk dirinya.

Cuba lihat di sekeliling anda serta buka mata anda. Dirinya bukan yang terbaik untuk anda. Pasti anda orang yang benar-benar akan mencintai anda sepenuh hati anda. Dan orang tersebut pasti lebih sesuai untuk anda berbanding dirinya.


4. Jangan bertahan sekiranya dirinya mengabaikan anda.

Untuk apa anda terus bertahan akan satu yang tidak pasti? Dia tidak akan toleh ke belakang semula selepas menyakiti anda. Dia akan mencari kebahagiaan yang lebih menyakiti anda. Jika dia sudah mengendahkan anda, maka anda perlulah meninggalkan dirinya.

5. Jangan terlalu perasaan.

Jangan ingat jika seseorang memberi layanan yang baik untuk anda, ia membawa makna dirinya menyukai anda. Kemungkinan dia hanya ingin mengambil kesempatan ke atas diri anda. Jadi jangan tersilap dalam penilaian anda.

Kita tidak sentiasa dapat apa yang kita mahukan. Maka dengan itu belajar untuk menerima kenyataan apabila seseorang itu tidak menyukai diri anda. Jika anda terlalu mengejar dan memaksa ia hanya menyakiti anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 413,283 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen