Tidak Berkahwin Sebab Takut Tersalah Pilih, Atau Sebenarnya Terlalu Yakin? Penjelasan Ini Merungkai Perihal 'Tawakal'.

 

Kita telah ketahui yang mana jodoh, rezeki, atau ajal adalah ketentuanNya, tiada siapa boleh tahu akan apa yang bakal berlaku pada masa hadapan. Mungkin yang banyak kita lakukan adalah berusaha sebaik mungkin untuk memperoleh sesuatu. Namun begitu, kita mungkin lupa akan satu perkara, dalam setiap apa yang kita lakukan, inginkan atau dapat, adalah bukan semata-mata dari usaha kita, tapi atas kehendakNya. Tapi, sejauh mana kita meletakkan diri menyatakan kita sudah ikhtiar dan redha atas segalanya. Menerusi perkongsian dari saudara Shukery Azizan, yang juga editor Tarbiah Sentap. Saudara Shukery telah kongsikan akan hal tidak berkahwin, oleh kerana 'takut tersalah pilih', yang dikaitkan dengan betapa jauh kita bertawakal. Mari kita ikuti dengan lebih mendalam akan perkongsian darinya. Saya dah jumpa beberapa orang yang masih tak nak kahwin lagi walau usia dah lanjut atas alasan yang lebih kurang sama, 'Takut tersalah pilih..' Saya menarik nafas lembut, lalu saya nasihat dengan rasa rendah diri sambil menepuk perlahan bahunya, 'Tahu tak kenapa kau takut?



Kita takut tersalah pilih sebab menyangka kita tahu segalanya. Kita tak minta pada Allah. Kita tak bergantung mutlak pada Allah. Kita tak yakin sepenuhnya kepada Allah. Kita hanya bergantung kepada usaha sendiri saja. Berilah ribuan alasan, akhirnya kita terpaksa akui bahawa kita tak bergantung pada Allah pun. Bahkan, kita mungkin tak berapa yakin dengan Allah. Kita lebih yakin pada usaha sendiri. Sebab tu dalam al Quran, Allah banyak kali tekankan isu Tawakal. Nampak serius bukan? Ya, memang serius. Sebab ia melibatkan penyerahan total masa depan, urusan, pilihan dan tindakan kita pada Allah. Tetapi kita sombong. Setiap perkara yang terjadi, kita sangka dan yakin itu adalah hasil usaha kita semata-mata.



Dapat masuk universiti, kita sangka itu hasil dari titik peluh dan susah payah belajar kita.

Dapat result cemerlang, kita sangka hasil dari study sampai burning the midnight oil.

Dapat biasiswa, kita sangka itu hasil dari result cemerlang kita.

Dapat kerja, kita sangka itu hasil dari CGPA dan kepetahan berkata masa temuduga.

Dapat gaji bulanan, kita sangka itu memang gaji yang confirm syarikat akan masukkan dalam akaun peribadi.

Dapat beli rumah banyak, kita sangka itu hasil dari ilmu yang kita belajar dan teknik hartanah kita.

Dapat jual produk atau buku beribu-ribu, kita sangka hasil dari marketing bisnes yang super power.

Dan segala macam urusan harian kita. Atau yang islamik sikit, kita sadurkan dengan ayat,

'aku tawakal la ni..'

Mulut je manis cakap yakin dan tawakal, tetapi hati kita sebenarnya jauhhhhhhhhh sangat daripada yakin dan tawakal pada Allah. Kita pendusta. Kawan saya diam. Dia sedikit berang dengan kata-kata saya. Lalu dia tanya,



'So, apa bukti kita betul-betul yakin dan tawakal pada Allah?' Saya diam. Lalu dijawab, 'Antara buktinya adalah, setiap kali kita nak buat sesuatu, atau nakkan sesuatu perkara, kita akan solat sunat pada Allah. Atau sekurang-kurangnya, kita minta pada Allah dulu. Walau sekecil-kecil perkara.

Contoh, nak makan chicken chop. Kita doa, walau dalam hati, minta untuk makan chicken chop. Lepas doa pendek dalam hati, barulah kita usaha. Nampak macam kelakarkan? Memang kelakar, sebab kita tak pernah buat. Kita lebih yakin dengan usaha sendiri, kurang yakin bahawa Allah yang beri chicken chop tu. Ataupun, paling kurang bacalah bismillah sebelum buat apa-apa perkara. Tidak semestinya makan minum. Itu antara tanda kita yakin dan tawakal. Kita minta pada Allah dahulu, kemudian usaha sebaik mungkin, selepas itu baru sebenar-benar berserah. Macam setiap kali nak exam. Selalu buat macam tu kan? Tetapi, kenapa hanya pada exam saja? Adakah tawakal kita hanya pada exam, interview kerja, viva, dan apa-apa perkara yang kita sangka kritikal saja?' Dia diam. Saya pun diam sama. Sebab kami sama-sama muhasabah. Sejauh mana aku benar-benar tawakal pada Allah secara mutlak?

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,797 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen