Tanda-Tanda Anda Seorang Yang Mudah Cemburu Dalam Perhubungan.

 

Cemburu sering dikaitkan dengan tanda cinta yang melampau, tetapi kenyataannya tidak begitu. Setiap orang menunjukkan perasaan cemburunya dengan cara yang berbeza, bergantung pada keperibadiannya. Ada yang dapat menyatakannya secara halus dan ada juga yang mencederakan pasangannya secara fizikal dan mental. Namun begitu, tidak ramai yang mengaku bahawa mereka ini adalah seorang yang mudah cemburu.



Berikut adalah tanda-tanda sekiranya anda adalah seorang yang mudah cemburu. Jom ketahuinya.

1. Menjadi stalker.

Apabila ada mula menjadi stalker untuk sesuatu perkara, tidak kira lah pasangan anda ataupun teman anda. Anda mempunyai perasaan ingin tahu yang kuat sehingga anda mula mencari mengenai dirinya sedalam-dalam yang boleh. Anda ingin tahu segala-galanya mengenai dirinya. Anda tidak akan tenang apabila tidak mengetahuinya.

Apabila sesuatu perkara itu berkaitan dengan orang lain, anda mula mencari mengenai orang terbabit. Di sini menunjukkan perasaan ingin tahu anda mengenai sesuatu itu begitu tinggi, sehinggakan anda sanggup melakukan apa sahaja untuk mengetahui maklumat tersebut.

2. Mudah buat kesimpulan secara rambang.

Pendangan secara rawak tidak akan menggambar satu kedaan yang sebenar. Namun, anda sangat menggemari melakukan satu kesimpulan secara rambang selepas melihat satu situasi. Anda tidak pernah meminta penjelasan yang cukup akan perkara tersebut.


Apa yang anda tahu adalah pendapat anda betul mengenai perkara tersebut. Dan anda akan mula menyerang orang sekeliling berdasarkan andaian yang telah anda buat.

3. Tidak teragak-agak menyalahkan pasangan.

Apabila anda mula merasakan segala bukit telah cukup untuk menghukum pasangan anda, anda tidak akan teragak-agak untuk menyalahkan atau menyerang pasangan anda dengan pelbagai soalan. Anda tidak pernah memberi pasangan anda penjelasan yang cukup kepada anda. Bagi anda semuanya hanya alasan untuk menyelamatkan diri.

Jika anda mempunyai tiga tanda seperti ini, jelas ia menunjukkan bahawa anda seorang yang mudah cemburu. Hal ini kerana, anda lebih suka mencari tahu sesuatu perkara itu secara senyap berbanding bertanya terus pada pasangan anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 313,787 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen