Bagaimana Untuk Mengetahui Bahawa Anda Perlu Berpisah Dengan Kekasih Atau Tidak? Jom Baca.

 

Anda sentiasa berteka-teki di dalam fikiran, patut atau tidak anda meneruskan hubungan bersama kekasih. Ini kerana anda seperti sudah bosan dengan mereka, hubungan yang hambar dan tidak lagi seperti dahulu.



Jadi, jom ketahui antara situasi dimana anda patut berpisah dengan kekasih…

1. Apabila anda tersangkut dalam hubungan yang sangat membosankan.

ANDA PATUT BERPISAH JIKA…

Setiap perkara yang anda lakukan bersama si dia, tiada lagi rasa teruja. Tidak kira sama ada aktiviti outdoor atau indoor, apabila anda sudah selesai melakukan aktiviti tersebut anda masih kosong. Malah seperti tidak berpuas hati, tetapi jika anda melakukan aktiviti tersebut berseorangan, anda menjadi puas.

JANGAN BERPISAH JIKA…

Anda bosan dengan rutin harian anda, tetapi apabila si dia mengajak anda untuk melakukan aktiviti, anda pasti teruja. Anda sering melakukan bersama, dan tidak boleh berseorangan. Apabila bergaduh juga, anda terasa sunyi dan sering membayangkan si dia disisi.



2. Apabila pasangan anda hanya menambah tekanan.

PATUT BERPISAH…

Apabila anda tertekan dengan keadaan di pejabat atau kolej, anda mahukan keadaan yang santai dan tenang untuk melepaskan stress tersebut. Tetapi kekasih anda pula, menjadi pencetus segala kemarahan anda, walaupun kadang-kala dia cuba untuk berjenaka. Anda tidak selesa dengan jenaka tersebut dan menjadi semakin marah.

JANGAN BERPISAH…

Jika pasangan adalah tempat dimana anda boleh tenangkan fikiran. Apabila bersama dengan dia, tekanan anda tidak bertambah.



3. Apabila anda lebih meluangkan masa dengan sahabat berbanding kekasih.

PATUT BERPISAH…

Jika anda sering mengelak daripada berjumpa dengan kekasih, dan meluangkan masa bersama sahabat lebih menenangkan jiwa, ini bermakna ada sesuatu dalam hubungan kalian. Lihat kelakuan anda sendiri bersama sahabat, adakah sama sikap seperti anda single dahulu? Overnight sehingga lewat malam, mempunyai skandal…

JANGAN BERPISAH…

Apabila anda mula bertemu dengan kekasih hati dan sering bersama dengan si dia, ia menjadi normal jika pasangan menjadi keutamaan. Bukan anda melupakan sahabat baik, tetapi pasangan yang memahami lebih membuatkan anda berasa rindu pada sahabat. Malah anda ingin meluangkan masa bersama pasangan serta sahabat.



4. Apabila anda berdua terlalu kerap bergaduh.

PATUT BERPISAH…

Jika perikemanusiaan anda semakin mengikis. Selepas bergaduh anda seperti tidak prihatin pada kekasih, hati masih lagi menyimpan dendam dan tidak berpuas hati, terasa semakin jauh dari si dia dan lebih gemar keseorangan.

JANGAN BERPISAH…

Jika kalian berdua masih lagi menghormati pendapat, pandangan dan luahan yang berbeza. Adakah selepas pergaduhan anda berdua menjadi semakin matang? Semakin penyayang? Situasi sebegini terjadi kerana anda berdua masih lagi mempunyai rahsia yang tidak terluah atau tidak beres, namun kalian masih mencintai antara satu sama lain.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 613,149 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen