Cara-Cara Untuk Bergaduh Dengan Matang, Khusus Untuk Wanita.

 

Apabila wanita tidak dapat mengawal emosi ketika berlakunya pergaduhan dengan kekasih hati, pasti ada sahaja kata-kata yang mahu dihamburkan pada pasangannya yang mengakibatkan mereka sendiri menyesal dengan kelakuan tersebut.

Lelaki kelihatan lebih rasional apabila berfikir, kerana mereka sering berfikir dahulu sebelum bertindak. Tetapi tidak juga pada kesemuanya. Ada juga sebahagian daripada lelaki gagal untuk mempertahankan hubungan kerana terlalu ego, keras hati atau sanggup mengangkat tangan pada kekasih.



Kali ini, jom kita lihat bagaimana untuk bergaduh dengan matang supaya usai sahaja pergaduhan, anda berdua masih lagi ingin bersama bukannya berpisah, khusus untuk wanita…

1. Jangan ungkap kata-kata ini “Kita perlu berbincang…”

Tidak salah jika anda mahu mengungkap kata-kata ini dan diikuti dengan nada suara yang rendah dan memberi ayat motivasi. Tetapi ramai wanita apabila mengungkap kata-kata ini, pasti disertakan dengan perbuatan yang tidak menyenangkan. Seperti menjerit, melemparkan kata-kata makian dan carutan, atau tangan seperti tidak boleh duduk diam.

Sebaliknya, ungkapkan lah “Kenapa kita jadi macam ni ya?”



2. Pentingnya bahasa badan.

Bahasa badan ketika berlaku pergaduhan sangat penting, jadi bertindak lah seperti anda mahu mendengar luahan atau pendapat si dia pula. Jangan ikutkan hati sangat. Apabila ingin mendengar luahannya elakkan berpeluk tubuh, badan bersandar selesa pada sofa atau kerusi, kemudian merungut.

Sebaliknya lakukan seperti berdiri tegak, tangan anda berpaut pada sesuatu barang yang tidak berbahaya, memandang mata mereka dan mengangguk ketika perlu.

3. Terlalu banyak bercakap.

Seperti yang anda tahu, ketika wanita mempunyai masalah pasti mereka akan meluahkan segalanya pada sahabat baik. Mereka akan menjerit kemarahan, kesedihan lalu menangis. Tetapi jangan lakukan sebegini pada pasangan anda. JANGAN BERCAKAP TANPA BERHENTI.



Sebaliknya anda perlu tahu titik noktah seperti menulis karangan. Anda perlu tahu dimana anda perlu tegaskan kenyataan anda dan berhenti.

4. Hentikan drama.

Wanita juga gemar berdrama apabila berlaku pergaduhan. Hentikan semua drama semata-mata untuk hubungan kalian. Jangan menjadi terlalu hysteria dan menjerit seperti dirasuk hantu. Jangan membaling barang-barang yang ada disekeliling anda. Jangan pergi ke bilik, mengemas baju dan keluar daripada rumah tanpa izin (untuk yang sudah berkahwin).

Sebaliknya, jika anda mahu menenangkan diri, beritahu sahaja si dia. Anda perlukan masa dan ruang. Jika anda mahu dipujuk, jangan memberi kata-kata kiasan tetapi beritahu hal sebenar. Jangan pendam.



SELAIN DARIPADA ITU…

5. Mengaku dan bersetuju jika pasangan memberitahu perkara yang benar.

6. Jangan sering menangis setelah pergaduhan kerana akhirnya ia bakal membuatkan pasangan anda ragu-ragu dan mengandaikan ia hanya lah lakonan.

7. Jika anda merasakan anda akan meluahkan kata-kata yang bakal membuatkan anda menyesal seumur hidup, berhenti terus daripada berkata-kata. Lebih baik mendiamkan diri dan cuba kira 1 sehingga 10, tarik nafas, pejam mata, dan lepaskan nafas. Ia bakal membuatkan anda berdiam diri.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,508 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen