Telah Lama Jalinkan Hubungan, Tetapi Masih Tidak Mahu Berkahwin? 4 Alasan Untuk Pasangan Seperti Ini.

 

Bercinta telah lama tapi masih lagi belum membuat keputusan untuk berkahwin? Mengapa perkara ini boleh berlaku? Adakah sebab belum bersedia untuk memikul tanggungjawab? Semua pasangan yang melalui perkara ini pasti mempunyai sebab yang tersendiri. Mari ketahui antara sebab-sebab mereka masih belum berkahwin.



1. Anda dan pasangan sememangnya berkomitmen dari awal perhubungan.

Anda dan pasanga tiada masalah dalam memberi komitmen yang tinggi antara satu sama lain. Maka sebab itu kalian tidak terburu-buru untuk berkahwin. Hal ini kerana, anda dan pasangan tetap ada antara satu sama dalam apa jua keadaan dan situasi. Mungkin anda dan dirinya begitu matang dalam mengendalikan hubungan cinta.

2. Memilih untuk memperkukuhkan kestabilan hidup.

Kalian tahu perkahwinan itu memerlukan satu tanggungjawab yang besar. Maka dengan itu, anda perlu menyiapkan segala perkara sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Bagi kalian apabila sudah berkahwin nanti, anda akan menumpukan segalanya kepada rumahtangga dan tidak mahu membebankan hal lain dengan perkara yang lain.

3. Masih tidak kelihatan tujuan untuk berkahwin.

Berkahwin adalah satu perkara yang sangat serius, ia perlu mempunyai tujuan dan satu arah yang sama-sama ingin kecapi bersama. Dan anda memahami setiap orang memerlukan masa untuk mendapatkan tujuan bersama. Perkahwinan yang dipaksa dan rasa terpaksa tidak akan dapat mencapai tujuan hubungan bersama.


4. Anda dan pasangan bukannya tidak berbincang mengenai masa depan.

Apabila mengambil keputusan untuk tidak berkahwin lagi, itu bukan menandakan bahawa anda dan pasangan tidak berbincang mengenai masa depan. Kalian sudah mempunyai perancangan yang tersendiri tetapi ia memerlukan sedikit waktu untuk laksanakannya.

Kesimpulannya, mereka ini memilih untuk berkahwin dalam dirinya dan pasangan betul-betul telah bersedia. Mereka mahu satu ikatan yang sah itu bertahan dengan kukuh serta mampu mencapai tujuan perkahwinan yang sebenar.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,781 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen