“Kalau Suka, Bagitau Suka. Kalau Tak Suka, Jangan Pula Permainkan Perasaan”. Tanda-Tanda Si Dia Sentiasa Mengelirukan Anda.

 

Pernah atau tidak anda bertemu dengan seseorang yang sentiasa mengelirukan perasaan anda. Perubahan ketara yang anda sentiasa lihat pada si dia dan dapat merasakan bahawa si dia tidak pernah serius untuk berkenalan dengan anda.



Jom ketahui tanda-tanda si dia yang membuatkan anda keliru…

1. Si dia tergila-gilakan anda, kemudian meninggalkan anda tanpa khabar berita.

Siapa sahaja yang tidak gila, apabila berkenalan dengan seseorang yang mampu membuat anda tersenyum, tergelak ketawa dengan bahagia, tetapi selepas seminggu, si dia pergi tanpa khabar berita. Si dia hilang seperti Alien pulang ke angkasa.



2. Si dia sentiasa merancang untuk bertemu, tetapi tidak pernah mengikuti rancangan tersebut.

Apabila anda dengan si dia terserempak di mana-mana, pasti si dia dengan teruja merancang “Hey, jom petang ni lepak minum” atau “Weekend ni free tak? Jom tengok wayang”. Tetapi ternyata, anda hanya seperti patung cendana. Menunggu si dia untuk menghubungi anda, tetapi tiada balasan. Hanya kata-kata sahaja.

3. Si dia sentiasa memberi ayat-ayat manis dan memberi janji palsu.

Hati-hati dengan seseorang yang sering memberi harapan atau janji palsu. Sering si dia mengatakan rindu, cinta, sayang, tetapi anda tidak pernah melihat perbuatan si dia ke arah mencintai anda. Anda tidak pernah tahu apakah hubungan sebenar antara anda dengan si dia.



4. Di sosial media, si dia bagaikan peminat setia, tetapi tidak pernah membalas whatsapp anda.

Facebook, instagram, mahupun twitter pasti ada sahaja si dia ‘like’ dan komen post anda. Malah komen-komennya juga sangat puitis dan romantik. Tetapi secara privasi tidak pernah pula menunjukkan sikap romantik si dia pada anda. Malah jika anda whatsapp si dia, hanya bluetick ditinggalkan.

5. Cara si dia mengorat anda, sama sahaja seperti dengan gadis lain.

Anda sering diberitahu oleh si dia, bahawa anda lah gadis yang telah membuka hati si dia, membuatkan dirinya terasa di awangan dan sentiasa tersenyum. Tetapi segala perilaku tersebut si dia lakukan juga pada gadis lain. Eh?



6. Si dia tertarik dengan anda, tetapi sentiasa aktif di laman cari jodoh.

Anda perlu tahu, jika benar seseorang sudah tertarik dan jatuh cinta pada anda, semua laman sosial cari jodoh malah aplikasi mencari jodoh tidak lagi menjadi perhatian si dia. Malah, si dia pasti meninggalkan atau ‘delete’ aplikasi tersebut, kerana sudah tertarik dengan anda. Jika si dia masih aktif di laman cari jodoh, bermakna si dia ada hati untuk mencari seseorang yang lebih baik daripada anda.

Jadi, jika terdapat tanda-tanda ini pada si dia, anda harus membuat pilihan. Adakah anda juga masih mahu berseronok dalam bercinta, atau pun serius. Jika serius, lupakan sahaja si dia yang sentiasa mengelirukan anda.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,754 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen