5 Perubahan Positif Yang Diperlukan Sekiranya Ingin Kembali Bersama Bekas Kekasih.

 

Selepas mengambil keputusan untuk berpisah dengan bekas kekasih, pasti anda dan dirinya akan tertanya-tanya apa kesilapan yang telah kalian lakukan. Adakah semuanya akan baik sahaja sekiranya kalian berpisah? Tidak salah untuk kembali bersama bekas kekasih. Tetapi jangan terlalu kelihatan terdesak untuk jalinkan hubungan kembali. Cuba anda bertenang seketika dan mulakan hidup yang baru. Jika anda tidak mampu, mungkin anda perlu teliti perhubungan anda yang lalu. Dan jika anda mempunyai lima perubahan yang positif ini barulah anda boleh kembali bersamanya. Mari ketahui.



1. Perpisahan yang telah lama.

Perpisahan anda dan dirinya telah lama, di mana masing-masing masih lagi menyimpan perasaan yang sama antara satu sama lain. Dirinya dan anda juga telah tenang dan sudah melupakan punca perpisahan yang lalu. Bukan itu sahaja, masing-masing juga mempunyai hasrat untuk kembali bersama.

2. Punca perpisahan boleh diperbaiki.

Anda dan dirinya mendapati punca perpisahan itu boleh diperbaiki asalkan perasaan sayang dan keinginan antara satu sama lain untuk bersama itu masih kuat. Kalian juga menganggap perpisahan lalu kerana kesilapan kedua-duanya yang bertindak terburu-buru dalam membuat keputusan yang tidak bijak.

3. Kalian menjadi seorang yang lebih matang.

Perubahan yang paling ketara apabila anda dan dia mula menjadi seorang yang matang dan lebih memahami. Kalian mahukan hubungan yang baru ini adalah satu hubungan yang matang, di mana tidak akan membuat kesilapan yang sama dalam hubungan yang lepas.


4. Percaya pada peluang kedua.

Perkara paling penting adalah masing-masing percaya akan peluang kedua dan bersedia untuk memberi peluang kedua. Anda dan dirinya tahu bahawa peluang kedua mungkin akan lebih terluka jika berlaku perpisahan namun kalian masih ingin mencubanya.

5. Mempunyai kesefahaman dan sehaluan.

Masing-masing mempunyai kesefahaman dan tujuan yang sama, itu yang menyebabkan anda berdua mahu kembali bersama. Kalian yakin tidak akan berjumpa dengan seseorang seperti dia yang mempunyai haluan yang sama dalam hubungan yang dibina.

Kembali ke bekas kekasih bukan lah satu yang teruk, tetapi ia akan membantu anda lebih memahami dan menjaga hubungan tersebut. Bukan itu sahaja, tidak semua orang memperolehi peluang kedua.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,623 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen