Jangan benci sangat pada seseorang, nanti jatuh cinta!

 

Jika anda mahu lakukan sesuatu perkara, bak kata orang zaman dahulu biarlah berpada-pada. Seperti;

“Mak aku pesan, jangan happy sangat, nanti menangis”

Sama juga seperti anda mengenali seseorang, jika sayang pada si dia jangan keterlaluan takut nanti kecewa dan patah hati, begitu juga dengan perasaan benci. Jangan benci sangat pada seseorang, nanti jatuh cinta, timbul lah pula perumpamaan bertepuk sebelah tangan. Siapa yang sakit?

Perkara ini berlaku kerana hati manusia yang senang berubah. Bimbang jika tiba-tiba dia lah yang jadi jodoh kita. Tidak mustahil jika dulu sayang, tiba-tiba benci. Dulu benci, tiba-tiba sayang.

Perasaan benci selalunya terbit apabila ada perkara yang menjengkelkan pada si dia terhadap anda. Wujudnya perasaan itu didorong oleh emosi menyampah dan meluat padanya. Pun begitu, anda dinasihatkan supaya tidak terlalu benci kepada seseorang.



MENGAPA ANDA TIDAK BOLEH BENCI KETERLALUAN PADA SESEORANG?

1. Terlalu memerhati.

Apabila anda membenci pada seseorang, cuba lihat apa yang anda bakal lakukan? Anda sering memerhati si dia bukan? Lebih memerhatikan si dia daripada orang lain. Anda nampak segala-galanya tentang si dia padahal orang lain tidak perasan pun akan hal tersebut. Secara tidak langsung, anda lebih mengenali dia.

Jadi, janganlah benci kepada seseorang. Daripada anda tidak perlu pun ambil tahu mengenai dia, kini anda telah kenal dia sedalam-dalamnya. Anda pasti akan memerhatikan sikapnya, pakaiannya, cara percakapannya. Ternyata anda lebih kenal si dia.



2. Hati yang senang berubah.

Apabila anda benci seseorang, tidak mustahil anda akan terjatuh cinta kepada si dia pada kemudian hari. Hati manusia selalunya boleh berubah-ubah. Walau anda mengatakan benci, namun sebenarnya hati anda semakin tertarik kepadanya.

Naluri manusia memang sukar untuk dinafikan. Justeru, waspadalah apabila berurusan dengan soal hati. Selalu bertegang urat, mencebik, lama-lama semuanya bertukar rasa suka dan semakin mahu mengenalinya.



3. Ingin memutuskan hubungan sehingga timbul perasaan rindu.

Jika anda membenci si dia dan sering bergaduh, pasti salah seorang daripada anda akan memutuskan hubungan. Dan apabila kalian berdua mulai berjauhan, terbit pula rasa rindu, kerana tiada orang lain seperti dia yang mahu bergaduh atau bertekak dengan anda.

Hukum memutuskan silaturrahim adalah berdosa, maka bersikaplah biasa-biasa sahaja. Itu lebih baik. Lupakan sebab musabab anda dan dia bermulanya perasaan benci itu. Berlagak seperti tiada apa yang berlaku atau sekurang-kurangnya buat tidak tahu sahaja.



 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,251 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen