Untung Dapat Teman Wanita Yang Cantik, Tetapi Apakah Cabarannya? Jom Baca.

 

Setiap lelaki pasti mengiimpikan wanita yang cantik paras rupanya. Apabila memiliki wanita sebegini pasti bangga rasa dihati dan puas berdampingan dengan mereka. Tetapi apa yang lelaki tidak tahu adalah, cabaran memiliki teman wanita cantik ini.



Jika anda mengiimpikan wanita yang cantik, adakah anda bersiap sedia untuk menempuh cabaran ini?

1. Terasa rendah diri.

Jika anda mempunyai paras rupa yang sederhana dan biasa-biasa sahaja, pasti anda akan dibandingkan dengan lelaki lain yang lebih kacak. Anda terlupa bahawa jauhnya beza antara anda dengan si dia. Situasi ini akan membuatkan anda terasa rendah diri dan lemah.



Jika tidak kuat, pasti anda akan luahkan “Saya bukan lelaki yang sesuai untuk awak” akhirnya mereka akan menganggap anda ini lelaki yang tiada rupa malah suka mempermainkan perasaan wanita.

2. Menjadi paranoid dan posesif.

Memiliki teman wanita yang cantik, pasti membuatkan anda gembira. Cuma anda seperti paranoid dengan keadaan sekeliling kerana bimbang jika ada lelaki yang lebih kacak merampas hati teman wanita anda. Ketakutan tersebut boleh membuatkan anda menjadi lebih posesif serta menimbulkan pergaduhan yang tidak boleh dihindari.



3. Mudah cemburu.

Memang lumrah dunia jika wanita cantik sahaja, pasti ramai lelaki yang mahu menggoda mereka. Ianya sudah menjadi risiko buat anda yang menjadi pasangannya. Situasi inilah yang boleh membakar api cemburu anda yang mana akhirnya anda boleh bergaduh dengan mana-mana lelaki yang cuba menggoda pasangan anda.

4. ‘Maintenance’ tinggi.

Persepsi masyarakat tentang wanita cantik adalah pasti penjagaan diri mereka mahal kerana sering pergi ke salon kecantikan. Jadi untuk menjadi teman lelaki yang gentleman sudah pasti anda perlu menanggung kos perbelanjaan tersebut.



5. Mudah dimanipulasi.

Kebiasaannya wanita cantik ini lebih dominan kerana mereka mahu semua perkara yang mereka hajati, perlu dituruti. Segala permintaan dan kemahuannya perlu diikuti. Jadi, untuk menjadi pasangan mereka sudah tentu berusaha kuat untuk memenangi hatinya. Ini lah kelemahan lelaki.

6. Terpaksa menelan ego wanita.

Disebabkan terlalu bangga dengan kecantikan yang dimiliki, sebahagian daripada mereka mempunyai sikap ego yang sangat tinggi. Sebagai wanita cantik yang sering menjadi buruan atau kegilaan ramai lelaki, si dia mula berfikiran bahawa anda sudah cukup bertuah kerana berjaya memilikinya dan akan membuatkan anda tunduk pada egonya.



 

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,077 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen