Lakukan 5 Perkara Ini Agar Anda Tidak Mudah Kecewa Dalam Hubungan.

 

Menjalinkan hubungan cinta itu kadang kala tidak mempunyai jaminan pengakhiran yang bahagia. Maka dengan itu kita perlu sentiasa berhati-hati agar tidak terluka sendiri. Bukan itu sahaja, pengakhiran yang bahagia itu sememangnya impian setiap orang, tetapi tidak salah sekiranya kita mengambil langkah berhati-hati demi menjaga hati sendiri. Maka dengan itu lakukan lima perkara agar anda tidak mudah kecewa dalam hubungan yang anda jalinkan.



1. Hormati diri anda.

Perkara paling utama adalah anda perlu menghormati diri anda sendiri. Tidak ada orang lain yang akan menghormati anda melainkan diri anda. Jadi, jangan lakukan sesuatu yang mampu menyakiti diri anda serta membawa kesan yang buruk kepada anda.

2. Bebas dan tidak terlalu terikat dengan pasangan.

Selagi dirinya masih belum menjadi milik anda yang sah, anda tidak terlalu meletakkan pengharapan yang terlalu tinggi. Anda perlu menjalani hidup yang bebas tanpa terikat yang keterlaluan. Cukup sekadar anda dan dirinya tahu bahawa kalian menjalinkan hubungan dan tidak akan menyakiti antara satu sama lain.

3. Lakukan perkara yang boleh dipercayai pasangan.

Jangan sesekali memusnahkan kepercayaan yang diberi. Hal ini kerana, apabila yang mula membuat dirinya hilang kepercayaan, kalian akan mula menyakiti antara satu sama lain. Bukan itu sahaja, ia juga membuat anda melakukan pelbagai kesilapan dalam hubungan yang terjalin.


4. Jangan berusaha memperbaiki hubungan yang mengecewakan anda.

Apabila anda mendapati hubungan anda sudah tidak mampu untuk diperbaiki lagi, jangan sesekali cuba untuk memperbaiki hubungan tersebut. Ia hanya akan membuat anda terlebih kecewa apabila anda ditinggalkan. Hal ini kerana, seseorang yang memberi usaha yang lebih dalam hubungan akan lebih kecewa.

5. Beritahu keinginan anda pada pasangan anda.

Anda seharusnya berlaku jujur dengan pasangan anda mengenai hubungan yang bagaimana anda mahukan. Selepas itu anda perlu berterus terang dalam setiap perkara yang melukakan hati anda. Jangan memendam kelukaan itu kerana ia akan membuat anda lebih rasa kecewa.

Merasa kecewa dalam hubungan itu tidak mudah, tetapi anda seharusnya telah mencuba dengan baik untuk tidak terlalu kecewa. Kekecewaam yang amat mendalam akan menyebabkan lukanya lambat untuk sembuh.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,194 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen