Masih Memendam Rasa Cinta Pada Bekas Kekasih? Ini 10 Cara Untuk Dapatkan Semula Cintanya!

 

Masih menyimpan rasa buat bekas kekasih. Mula-mula kamu fikir hidup dia lebih baik tanpa kamu. Tetapi akhirnya kamu menyedari dirimu yang tak mampu hidup tanpa dia. Bagaimanakah mahu kembali merebut semula cinta si dia? Sedangkan si dia mungkin sedang membuka hatinya pada yang lain. Kelebihan buat anda kerana anda pernah hadir dalam hidupnya. Rasa cinta pernah tertumpah buat anda. Ada beberapa tips mahu dikongsi bersama anda. Semoga berhasil hendaknya.



1. Jangan hubungi dia.

Memang sukar buat anda tetapi buat sementara waktu elakkan. Mungkin saat-saat itu dia akan terkenangkan saat-saat indah bersama anda. Beri ruang dia berasa rindu pada anda. Sibukkan diri anda agar tidak berjiwa lara. Seandainya dia menghubungi, pastikan dia mengesan diri baru anda. Buang sifat yang paling tidak disukainya.

2. Berdikari dan eak mengekori dia.

Kalau anda asyik mengekori dia, kebarangkalian hatinya mahu berpaling kepada anda surut. Mungkin buat masa ini dia perlu bersendirian. Tunjukkan diri anda yang baru. Lebih berdikari dan mampu hidup tanpa bergantung sesiapa. Entah-entah sikap anda yang menyumbang pada perpisahan. Jadilah insan lebih matang dan bukan itu bermakna kamu haru menjadi orang lain tetapi memperbaiki diri sahaja.



3. Keluar bersuka ria.

Ya! Tiba waktunya anda keluar bergembira dengan teman-teman. Pastikan anda tidak tunjuk hati kamu sedang lara. Bergembiralah! Kadang-kadang zaman teknologi ini membantu. Manalah tahu gambar kamu sedang bersuka ria ini sampai ke pandangannya, dia pasti terdetik rasa.

4. Hubungi secara kasual.

Mungkin ada barang si dia masih kamu simpan. Telefon secara bersahaja atau mesej tanyakan dia perlukan barang-barang itu atau tidak? Namun, jangan kamu telefon tanpa alasan atau sebab kerana ia hanya memperbodohkan diri sahaja. Biar kukuh! Jangan sekali-kali bangkitkan rasa rindu, bertanyakan hal peribadi dan bangkitkan hal masa lalu. Cukup dengan nada bersahaja.

5. Kembali jadi insan dicintai.

Dia jatuh hati dengan kamu kerana apa? Fikir dalam-dalam saat kali pertama cinta berpaut. Kembali jadi diri individu tersebut. Kembalikan ingatan dia pada saat kali pertama dia memandang kamu dan berbunga cinta. Seandainya berpeluang bertembung, pastikan kamu memakai pakaian disukainya. Atau pakaian kali pertama kalian bersua.



6. Fikir betul-betul keputusan anda.

Sebelum melangkah lebih jauh. Kembali berfikir mengapa anda mahu menawan hati dia kembali. Berbaloikah? Kalau si dia hanya kaki kikis dan kaki pukul, terlucut dari ikatan silam pun kira syukur rahmat. Tetapi jikalau anda dapati dia berbaloi dimiliki dan kesilapan lalu itu berpunca dari anda. Jom.. kita ke langkah seterusnya...

7. Siasat apakah dia masil ambil berat?.

Sebelum itu siasat dahulu situasi si dia di sana apakah masih mengambil berat perihal anda? Kalau setakat dia sudah punya pengganti. Lupakan sahaja. Tetapi kalau dia masih ada sekelumit rasa ambil berat, cerah peluang anda.

8. Keluar berkumpulan.

Aturkan pertemuan secara berkumpulan dengan teman-teman. Lakukan aktiviti bersahaja. Ataupun sekiranya teman-temanlah jadi punca pertelingkahan, keluar berdua secara kasual. Pergi ke tempat biasa kamu pergi. Beritahu baru-baru ini kamu pernah ke sana dan teringat waktu berdua.



9. Yakin diri.

Elak rasa rendah diri. Mungkin bekas kekasih kini dikelilingi individu berupa paras menawan tetapi anda perlu yakin diri. Pedulikan pandangan orang lain. Apa yang penting anda selesa menjadi diri sendiri tanpa perlu berpura-pura.

10. Berbincang.

Sekiranya dia mula bertanyakan semula kisah lalu. Bincang secara baik. Kalau ada kesilapan anda, mohon maaf dengan segera. Seandainya dia kembali bertanyakan cinta anda, mungkin mulakan dengan perlahan. Biar dia kagum dengan diri baru kamu itu. Jangan gelojoh.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 385,206 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen