Terlalu Cerewet Memilih Jodoh. Apakah Yang Mereka Harapkan Sebenarnya Pada Seseorang?

 

Apabila orang sekeliling sentiasa mengatakan bahawa anda seorang yang terlalu cerewet kerana sukar bertemu jodoh, pasti anda seperti mahu menutup mata, menutup telinga dan mulut supaya tidak berjumpa dengan masyarakat sebegini.

Kerana bagi anda, mereka… orang luar tidak tahu apa yang tersirat di dalam hati anda. Bukan lah terlalu memilih atau cerewet dalam memilih jodoh, tetapi ia memang tidak bersesuaian dengan diri anda. Hanya diri anda sahaja yang tahu jika telah bertemu dengan jodoh atau pun tidak.



Apa yang anda harapkan pada orang luar adalah, fikir yang baik tentang anda, dan doakan kebahagiaan supaya bertemu jodoh, itu sahaja.

Jadi, kepada masyarakat luar yang sering mengatakan orang yang sukar bertemu jodoh ini terlalu cerewet, ini adalah ciri-ciri asas pada pasangan yang mereka harapkan sebenarnya…..

1. Rupa paras.

Sesuailah dengan si empunya diri. Bagi mereka perlulah wajah yang bersesuaian dengan mereka, malah apabila bangun pagi tidaklah terlalu jelek untuk menatap setiap hari. Jika cantik si empunya diri, jangan lah calonkan yang jauh berbeza dengan mereka pula. Yang sesuai dan sepadan.



2. Penampilan berpakaian.

Tahu adat-adat berpakaian seperti memakai kena pada tempat dan masanya. Jika pergi ke kedai, santai sahaja pakaiannya. Jika pergi ke majlis atau kenduri, jangan lah pula memakai selipar jepun dan bernampilan selekeh.

3. Cara gaya bercakap.

Bak kata orang, cakap haruk pikuk seperti tiada adab. Siapa sahaja mahu pasangan sebegitu, pasti lah gaya percakapan yang sesuai dengan empunya diri. Jika seorang pendiam, seorang lagi tahu untuk menceriakan keadaan. Saling melengkapi.



4. Pencapaian kerjaya.

Sekurang-kurangnya jika ada kerjaya, terjamin masa hadapan. Rajin mencari rezeki tidak kira lelaki ataupun perempuan. Bukannya goyang kaki dirumah, tanpa membuat apa-apa kerja dan membebankan bakal pasangan.

5. Pencapaian akademik.

Akademik menunjukkan kebijaksanaan seseorang ketika berbual. Susah juga apabila seorang terlebih bijak bercakap daripada pasangan, ini asalah salah satu punca tidak setaraf.



6. Daya empati.

Empunyai diri mengharapkan sama-sama mempunyai daya empati. Sama-sama menghargai, bukannya pentingkan diri sendiri.

Selain daripada itu, mereka mengharapkan pasangan yang prihatin bukan sahaja pada manusia, malah pada binatang, hadiah yang tidak dijangka terutamanya kaum wanita. Kerana bagi mereka, kejutan hadiah tersebut membuatkan mereka rasa dihargai.

Di samping itu, kebolehan memasak, bukan mahu memasak seorang diri di dapur dan mengetahui asas ilmu agama seperti solat, supaya hidup tidak lalai. Sebagai manusia biasa memang itulah harapan mereka yang membuatkan paras rupa adalah aspek utama yang dipandang. Apa yang lebih penting, hati yang bersih, akhlak budi pekerti dan agama.



 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,290 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen