Orang Tua Mudah Ikut Campur Dalam Hubungan? Atasi Dengan Cara Ini.

 

Mungkin orang tua terlalu ambil berat akan hubungan anda dan pasangan, itu yang menyebabkan mereka ini selalu ingin tahu perkembangan hubungan kalian. Menurut mereka, apa yang mereka lakukan ini sebenarnya ingin melihat kalian bahagia walaupun kadang kala ia sedikit berlebihan. Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anak-anak mereka gembira bukan? Jadi anda kena bertenang apabila orang tua mula ikut campur hubungan anda. Mari atasinya dengan tips ini.



1. Jangan bela kesalahan mereka.

Anda tidak seharusnya membela ibu bapa anda atau pasangan anda. Berdiri di tengah-tengah dan jangan sesekali membela sesiapa. Hal ini kerana, ia akan hanya melukakan kedua-dua pihak. Anda perlu tetap dengan pendirian anda. Jangan sesekali berat sebelah di hadapan mereka ini.

2. Jangan masukkan di dalam hati apa yang dikatakan.

Mungkin setiap kata yang mereka lemparkan itu akan menyakiti hati anda. Tetapi jangan mudah terasa hati dengan mereka ini. Buat-buat tidak dengar sahaja apa yang mereka katakan. Jika anda ambil hati kata-kata mereka, ia hanya akan memburuk hubungan dan keadaan anda sahaja.

3. Meminta pendapat pasangan bukan orang tua.

Jangan sesekali meluahkan masalah yang anda hadapi itu di hadapan ibu bapa anda, terutama mengenai hubungan anda. Jika inginkan pendapat dan perbincangan, lakukan sahaja bersama pasangan anda. Jangan libatkan orang ketiga, kerana ia hanya akan menambah rencah dalam masalah hingga memburukkan hubungan anda.


4. Jangan batalkan masa bersama kerana orang tua.

Apabila anda telah membuat janji terlebih dahulu dengan pasangan anda, maka anda perlu tunaikan janji dengannya terlebih dahulu. Jangan sesekali membatalkan apa yang anda telah janjikan dengan pasangan anda terutama jika ia melibatkan orang tua anda. Pasangan anda akan mula terasa hati dengan tindakan anda.

5. Berbincang secara baik dengan orang tua.

Jika ibu bapa anda telah masuk campur yang keterlaluan, hendaklah anda berbincang dengan mereka ini. Cari penyelesaian yang terbaik. Bukan itu sahaja, berkeras dengan pendapat anda serta kebahagiaan anda. Jangan terlalu berlembut hati dengan mereka, juga jangan terlalu kasar dan keras.

Jangan menyalahkan ibu bapa anda sahaja, tetapi salahkan juga diri anda serta pasangan anda. Jika anda mampu kawal hubungan dengan baik, sudah pasti mereka ini tidak akan mencapuri hubungan anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,705 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen