‘Trick’ Agar Pasangan Segera Masuk Meminang Anda Dengan Segera.

 

Telah lama jalinkan hubungan, tetapi si dia tidak menunjukkan tanda-tanda ingin meminang anda? Sedangkan anda dan dirinya sudah cukup mengenali antara satu sama lain, adakah itu tidak mencukup? Anda sudah bersedia untuk berumah tangga tetapi dirinya masih lagi ragu-ragu lagi. Apa yang anda harus lakukan? Perlu setia menunggu sehingga dirinya bersedia atau memaksa dirinya untuk meminang anda? Jangan terlalu terburu-buru. Cuba berikan sedikit hint kepada dirinya bagi menunjukkan anda mahu satu ikatan yang sah dengannya. Mari ketahuinya.



1. Tanya sekiranya dia serius dalam hubungan kalian.

Cuba untuk lakukan perbincangan sekiranya dirinya serius atau tidak menjalinkan hubungan dengan anda. Jika tidak, anda boleh memilih untuk berpisah dengannya ataupun memujuknya. Jika dia serius anda boleh melakukan langkah yang lain untuk membuat dirinya sendiri membuat keputusan meminang anda.

2. Bercerita tentang kebahagiaan berumahtangga.

Cuba anda mula bercerita keseronokkan rumah tangga yang rakan-rakan anda alami serta yang anda perhatikan. Jangan membuat dirinya terbeban denga hal-hal rumah tangga yang akan menyebabkan dirinya menjauh. Cuba untuk berkongsi hal-hal yang mengembirakan dan membuat hatinya terbuka untuk segera bernikah. Sebagai contoh, kehidupan selepas kahwin ataupun memiliki anak-anak yang comel.

3. Berbincang akan keinginan anda dengan baik.

Cuba untuk memberitahu dirinya akan keinginan anda untuk berkahwin. Jangka masa anda ingin berkahwin dan bagaimana majlis perkahwinan anda. Tetapi pastikan semuanya tidak membebankan dirinya. Buat dirinya terasa mudah untuk berkahwin dengan anda, seperti tiada halangan yang akan menghalang.


4. Nyatakan hasrat ibu bapa anda.

Cuba untuk memberitahu dirinya bahawa ibu bapa anda mahu anda segera bernikah. Jika anda tidak mempunyai calon, ibu bapa anda yang akan mencarikan calon suami untuk anda. Ugut dirinya bahawa dia akan kehilangan and ajika tidak mengambil langkah yang segera.

5. Kerap pergi ke rumah ibu bapanya.

Senjata yang paling berjaya apabila anda berjaya mengambil hati ibu bapa si dia. Mana tidaknya, jika anda disenangi oleh ahli keluarganya, pasti ibu bapanya akan menyuruh dirinya segera meminang anda. Tapi anda perlu tahu mengambil hati ibu bapa pasangan anda dengan betul, jika anda tersilap langkah mungkin anda akan kehilangan dirinya.

Namun begitu, jangan buat dirinya kelihatan anda terlalu terdesak untuk berkahwin. Cuba untuk lebih santai dan tetang dalam menjayakan misi anda. Jangan sampai diketahui, pasti anda akan malu nanti.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 373,821 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen