Wahai Lelaki, Jika Mahu Bertemu Jodoh Yang Baik, Utamakan 3 Perkara Ini.

 

Masyarakat melayu ketika ini amat tertumpu pada wanita apabila ia berkaitan dengan jodoh. Pelbagai persepsi yang ditekankan pada wanita seperti gadis tak elok keluar malam tidak manis dipandang orang, jangan menjadi anak derhaka, jangan menjadi isteri derhaka, seorang isteri yang baik perlu sentiasa berada di dapur sehingga melupakan apakah peranan lelaki yang sebenar?

Padahal tanggung jawab mendidik anak bukan hanya tertumpu pada anak perempuan sahaja, anak lelaki juga amat perlu dititikberatkan supaya dapat melahirkan generasi yang soleh dan solehah. Oleh itu, ia perlu dimulakan daripada seorang lelaki kerana tanggungjawab mereka lebih besar untuk memimpin keluarga kelak.



Jadi, jika inginkan seorang isteri yang mampu menenangkan jiwa dan membahagiakan hari-hari, seorang lelaki perlu…

1. Perbetulkan niat untuk berkahwin.

Anda mahu berkahwin kerana mengikut trend? Terlalu kesunyian? Terdesak? Atau nafsu? Jangan la berkahwin hanya kerana perkara-perkara sebegini kerana ia bakal sementara. Berkahwin lah kerana Ilahi dan sunnah Nabi. Berkahwin untuk mencari pahala, menghalalkan hubungan supaya dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai suami untuk menjaga isteri iaitu amanah daripada Allah SWT.



2. Jangan terlalu cerewet.

Amat sukar untuk bertemu jodoh kerana meletakkan kriteria yang tidak munasabah. Ingat! Tekankan 3 aspek ini iaitu pilihlah wanita yang menggunakan kecantikan dia berlandaskan agama, menggunakan harta pada jalan yang halal, dan mempunyai keturunan yang mengikut perintah Allah SWT.

Kebanyakan daripada lelaki pasti mahu bakal isteri yang pandai memasak, rajin mengemas rumah dan cantik. Tiada wanita yang sempurna. Didik mereka, dan belajar bersama-sama untuk melakukan aktiviti tersebut.



3. Ubah gaya hidup.

Sering mahukan isteri yang baik, menutup aurat, pandai mengaji, menjaga pergaulan, tetapi diri sendiri seperti tidak pandai menjaga diri. Malah gaya hidup bujang yang masih terumbang-ambing, masih tidak berdikari dan mengharapkan duit ibu bapa, pergi ke tempat yang tidak sepatutnya, melayan wanita lain dan tidak menjaga batasan.

Oleh itu, jika mahu bertemu jodoh yang baik, jaga lah pergaulan terlebih dahulu dan luaskan pergaulan ke tempat-tempat yang baik seperti masjid dan ilmu-ilmu agama. Ingin mencari jodoh di laman sosial? Carilah alternatif yang tidak melanggar syarak Islam.

Dan yang paling utama adalah, yakin dengan diri sendiri untuk mencari jodoh. Tetapkan matlamat hidup. Jika main-main seperti, sekejap nak kahwin, tetapi selepas itu berubah hati pula. Tidakkah perbuatan itu seperti memainkan perasaan wanita sahaja? Jadi, hati-hati dengan niat!



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,728 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen