Bagaimana Untuk Murah Rezeki Di Dalam Perkahwinan Melalui Isteri? Jom Baca.

 

Sering kita mendengar, jangan sekat jika anak mahu berkahwin, kenapa perlu melambatkan perkara yang baik, jika ia pembawa rezeki? Namun, ramai yang salah ertikan apabila mempercepatkan perkahwinan bahawa rezeki akan tiba-tiba menjadi murah dan sentiasa dilimpahi.



Ketahuilah anda perkahwinan itu pembawa rezeki kerana sikap isteri yang…

1. Sentiasa bersyukur.

Bersyukur di atas kurniaan Allah SWT yang menambahkan nikmat untuk suami termasuk rezeki. Bersyukur kerana memiliki suami, bersyukur kerana keluarga yang bertambah, bersyukur memiliki anak walaupun tidak ramai. Bersyukur dalam apa jua keadaan.



2. Tawakal.

Seorang isteri yang sangat memahami bahawa REZEKI BUKAN PADA DUIT SEMATA-MATA, maka dia bertawakal kepada Allah dan berdoa akan dilimpahi rezeki dari pelbagai bentuk termasuk kesihatan ibu bapa, suami dan diri sendiri.

3. Baik Agamanya.

Maka beruntunglah seorang suami apabila memiliki seorang isteri yang cantik, yang punya harta dan keturunan berlandaskan agama Islam.



4. Banyak beristighfar.

Allah SWT telah berfirman dalam surah Nuh ayat 10-12.

"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.”

"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;”

"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)….”

5. Suka mengeratkan hubungan silaturrahim.

Bukan sahaja hubungan suami isteri, malah hubungan sesama ibu bapa mertua, ipar duai, membawa ibu bapa berkumpul dengan mereka.



6. Suka bersedekah.

Seperti diperjelaskan dalam surah Al-Baqarah, ia bakal dilipat gandakan Allah sehingga 700 kali ganda. Dan ia boleh dilipatgandakan lebih dari itu menurut kehendak Allah. Apabila isteri yang mendapat nafkah dari suami, lantas sebahagiannya digunakan untuk sedekah, mungkin tidak dibalas melaluinya.

Selain daripada itu, boleh jadi jika seorang isteri yang sering bertakwa, mendoakan kesejahteraan suaminya melalui solat-solat sunat seperti Solat Sunat Dhuha kerana ganjaran yang luar biasa, malah taat pula pada si suami, yang membuatkan si suami dalam keadaan damai dan tenang.

Dalam keadaan ini suami akan lebih fokus, kreatif dan aktif. Ibadahnya juga lebih tenang, sekali gus rezeki mengalir lancar.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,797 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen