Adakah Cemburu Itu Tandanya Sayang Atau Ketakutan?

 

Ramai orang yang beranggapan bahawa cemburu itu bermaksud tanda sayang atau cinta pada seseorang. Tetapi sebenarnya tidak, cemburu ini lebih ke arah sesuatu yang tidak baik. Biasanya, sifat cemburu ini akan hanya mengundang pergaduhan bagi pasangan yang bercinta. Mana tidaknya, apabila sifat cemburu ini mula menguasi diri, pelbagai perkara mampu dilakukan oleh seseorang.



Sebagai contoh, orang sanggup membunuh hanya kerana cemburu, hubungan adik beradik pecah belah hanya kerana cemburu, serta rakan selisih faham hanya kerana cemburu. Dari mana datangnya yang menyatakan cemburu itu adalah sesuatu yang berunsurkan kasih sayang. Mari ketahui cemburu itu sebenarnya apa.

1. Cemburu itu satu yang negatif.

Cuba lihat beberapa maksud cemburu ini, adakah ia membawa satu yang positif kepada orang yang mempunyainya. Dalam maksud bahasa melayu, cemburu ini adalah iri hati, curiga dan berjaga-jaga. Namun dari kefahaman kita, cemburu ini adalah kasih sayang, dan cinta. Segala yang kita faham mengenai cemburu itu adalah perkara yang positif, sedangkan ia membawa maksud yang negatif.

2. Cemburu itu adalah takut.

Perasaan cemburu ini bermaksud anda takut akan kehilangan ataupun anda takut sesuatu yang melebihi anda. Cemburu ini hadir apabila anda terlalu sayang akan pasangan anda. Maka perasaan was-was dan ragu-ragu akan mula timbul dalam diri anda. Bukan hanya pada pasangan, cemburu ini juga boleh hadir apabila anda melihat orang lain lebih dari anda, ia dipanggil iri hati. Jadi cemburu ini cinta atau tidak ye?


3. Cemburu ini adalah insecure.

Perasaan terancam juga dikenali sebagai cemburu. Di mana anda berasa tidak selamat apabila pasangan anda bersama orang lain di luar sana walaupun dengan pengetahun anda. perasaan terancam itu juga akan timbul apabila pasangan anda mula melakukan sesuatu yang mendatangkan kecurigaan kepada anda. Ia juga salah satu dalam kategori cemburu. Cemburu ini tiada kaitan degan cinta, ia adalah berkaitan dengan kehilangan.

Cinta adalah satu kekuasaan manakala cemburu pula satu ketakutan. Jadi bagaimana boleh memperkatakan bahawa cemburu itu tandanya sayang sedangkan ia satu hal yang berlainan. Jadi sekarang, maksud cemburu sahaja sudah menakutkan, bagaimana dengan cemburu buta dan cemburu yang berlebihan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,369 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen