Setiap Pasangan Idamkan Hubungan Hingga Ke Hari Tua. Amalkan Rahsia Ini Untuk Hidup Harmoni.

 

Mengikut trend zaman kini, setiap pasangan yang berkenalan dan ingin menamatkan zaman bujang, malah yang telah berkahwin pasti mahu ‘Relationship Goals’. Apabila melihat pasangan yang telah berumur seperti usia atuk dan nenek kita, pasti terdetik dalam hati bagaimana pasangan zaman dahulu boleh berkekalan sehingga lebih 70 tahun?



Apabila dikurniakan umur yang panjang, kesihatan yang berkekalan, keimanan yang sentiasak pasak didalam hati, pasti menemui kebahagiaan pada cinta sejati. Maka hubungan pasti direstui, dirahmati dan diberkati Ilahi.

Jom amalkan rahsia ini untuk mengekalkan hubungan hingga ke hari tua…

1. Semakin berumur, semakin sensitif.

Kita sebagai anak muda yang masih memiliki ibu dan ayah, atuk dan nenek, pasti tahu betapa sensitifnya hati dan perasaan mereka. Jika tidak diikut sebarang arahan mereka, pasti mereka mudah tersinggung, mudah marah dan konflik akan timbul. Sebenarnya ia boleh mengancam keharmonian rumah tangga. Hati-hati apabila berkata!



2. Jangan mengungkit.

Oleh kerana hati yang semakin sensitif, didiklah hati untuk tidak mengungkit kisah yang negatif. Terutamanya kisah yang tidak sedap didengar, mengguris perasaan pasangan dan yang boleh menimbulkan kemarahan. Jika tidak sedap hati apabila tidak diluahkan, susunlah kata-kata untuk berbincang supaya pasangan tidak mudah terkilan.

3. Jauhkan diri.

Apabila pasangan mula naik suara, menjadi berang, tidak mahu mengalah, elakkan diri daripada pasangan seperti perang mulut. Dekatkan diri ketika setelah sejuk.



4. Jangan lupa makan masakan isteri.

Walaupun anda berdua dalam sesi pergaduhan, apabila isteri telah memasak, jangan lah pula anda tidak menjamah makanan mereka. Lagi panjang rajukan si dia nanti. Jika sedap puji lah masakan mereka. Kan tak elok bergaduh di depan rezeki.

5. Layankan hobi pasangan.

Lelaki perlu tahu shopping adalah terapi bagi wanita ketika marah, sedih mahupun gembira. Wanita juga perlu tahu, lelaki lebih gemar mendiamkan diri jika berlakunya sebarang masalah, dan mula menelek kereta sendiri atau menonton televisyen walaupun dalam fikiran mereka tak henti-henti cara untuk memujuk anda. Jadi, jangan komen apa yang mereka lakukan. Turutkan sahaja.



6. Yang lebih penting adalah ‘Companionship’.

Apabila umur telah mencecah hampir 50 tahun, hubungan suami isteri lebih kepada companionship daripada relationship. Relationship adalah bagaimana hubungan kalian berdua terbina melalui chemistry, manakala companionship adalah dia lah teman sejati anda dan merasakan si dia seperti ketenangan di dalam rumah sendiri.

Apabila masa muda telah sibuk meluangkan masa untuk membela dan membesarkan anak-anak, tetapi sudah berumur privasi yang anda perlukan bersama pasangan. Siapa yang pergi dahulu hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 593,554 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen