Tanda-Tanda Anda Dan Pasangan Sudah Bersedia Untuk Berkahwin.

 

Perasaan ragu-ragu untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan hati kerap kali berlaku apabila anda tidak pasti sama ada anda dan dirinya telah bersedia ataupun tidak. Hubungan yang terjalin bertahun-tahun tidak memberi apa-apa makna apabila masing-masing tidak bersedia untuk satu hubungan yang sah. Mari ketahui tanda-tanda anda dan pasangan sudah bersedia untuk bernikah.



1. Perbincangan mengenai masa depan yang lebih rapi.

Anda dan dirinya tidak takut mahupun teragak-agak untuk membuat rancangan mengenai masa depan anda. Di mana anda meletakkan beberapa matlamat dan tujuan dalam hubungan anda. Bukan itu sahaja, kalian inginkan perancangan yang sempurna sebelum menghalalkan hubungan tersebut.

2. Mula menyimpan untuk masa hadapan.

Apabila sudah mempunyai tujuan, adalah perkara biasa mengambil langkah melakukan simpanan. Simpanan kewangan anda dan pasangan bukan lah untuk satu jangka masa yang pendek tetapi jangka masa panjang. Hal ini kerana, kalian ingin memastikan keselesaan hidup bersama selepas mendirikan rumah tangga.

3. Mengambil hati orang tua.

Hubungan yang direstui oleh orang tua dijamin kebahagiaan, maka kalian sedang berusaha keras menggambil hati ibu bapa pasangan masing-masing. Anda ingin kehadiran diri anda mendapat sambutan oleh kedua-dua belah pihak. Bukan itu sahaja, anda dan pasangan ini menjalinkan hubungan yang baik dengan kedua-dua keluarga.


4. Berusaha untuk memudahkan segala hal dalam hubungan.

Perkahwinan bukanlah satu perkara yang sukar, namun kadang kala diri sendiri yang membuat pernikahan itu sedikit sukar. Mana tidaknya semua orang mempunyai sebuah perkahwinan yang diimpikan, maka pelbagai perancangan dan kemahuan yang ingin diikuti. Namun, kalian berlainan, anda mula mengetepikan yang menyukarkan tetapi memudahkan segala perancangan.

5. Menjadi pasangan yang matang.

Masing-masing sudah mula menunjukkan kematangan dalam tingkah laku yang diambil. Tiada lagi yang pentingkan diri, tetapi lebih kepada pentingkan hubungan. Kalian juga berlaku matang dalam pergaduhan demi menyelamatkan hubungan kalian. Tiada lagi pergaduhan yang remeh serta perasaan merajuk yang ingin perhatian.

Mencari kesefahaman untuk mendirikan rumah tangga itu bukanlah perkara yang mudah. Di mana masing-masing mempunyai impian yang ingin ditunaikan dahulu, maka perkahwinan dan komitmen ini selalunya tidak diutamakan. Namun apabila kedua-duanya telah bersedia, ia tahu untuk membahagikannya dengan bijak.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,703 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen