“Waktu Bercinta Terlalu Mesra, Bila Dah Kahwin Hilang Kemanisan Dalam Hubungan” – Kongsi Lelaki Ini.

 

Orang kata kalau nak bercinta ini elok bercinta selepas nikah, mana tidaknya masa itu belum cuba buat perkara-perkara sweet ini. Bila dah kahwin buat perkara sweet-sweet barulah hubungan itu makin erat dan bahagia. Bukan itu sahaja, bila dah banyak perkara yang mesra buat sebelum berkahwin, jadi bila dah nikah kuranglah sedikit nak berkelakuan yang sweet dan romantik. Lagipun, banyak perbezaannya hubungan masa bercinta dan selepas berkahwin ini. Mari ikuti perkongsian dari saudara Amir Syahir di laman Facebooknya.



Zaman Bercinta Vs Zaman Berkahwin
****************************************
Membina rumah tangga tidak semudah yang dibayangkan. Apabila melangkah ke alam rumah tangga, banyak perkara yang perlu difikirkan. Salah satunya, bagaimana untuk membina kemesraan dan kebahagiaan dalam rumah tangga dan mempertahankannya hingga ke akhir hayat.

Sebelum kahwin, bukan main mesra lagi kan. Seolah-olah dunia ini mereka yang punya. Bercinta 5 tahun pun tak jemu. Tapi masa zaman bercinta ni kau janganlah mesra lebih-lebih.

Karang kena tinggal karang barulah menitis air mata penyesalan. Tetapi, apabila sudah berkahwin, di mana hilangnya kemesraan ketika bercinta dahulu?

Ini antara contoh situasi sebelum dan selepas berkahwin :

1. Sebelum kahwin asyik ucap I Love You, I Miss You. Lepas kahwin nak ucap seminggu sekali pun susah.

Selalu masa bercinta bagi hadiah setiap ulang tahun percintaan, ulang tahun kelahiran makwe la, ulang tahun perkenalan la, bagi bunga, bagi kek, bagi coklat mahal-mahal. Dah kahwin hampeh. Nak bagi senyuman manja pun tak lalu dah. Kakakaka.

2. Sebelum kahwin kemain kalau jalan nak pegang tangan walaupun tahu dosa. Lepas kahwin jalan pun jauh. Tinggal isteri kat belakang. Bini kau bawa anak kau jalan lenggang je.

3. Sebelum kahwin kalau pakwe / makwe merajuk mesti cepat je pujuk. Tapi bila dah kahwin, suami / isteri merajuk buat tak tau je.

4. Sebelum kahwin kalau makwe nak pakai helmet pakwe pakaikan. Dah kahwin pandai-pandai la kau pakai sendiri. Kiri kanan bini pegang barang, bawak anak lagi pun kena pakai sendiri.

Jika naik kereta zamannya bercinta, siap bukakan pintu kereta. Sempat lagi buat pickup line;

"Apa beza awak dengan pintu kereta saya ni?"

"Err..tak tau la Bie"

"Takde beza. Dua-dua milik saya selamanya. Cia cia cia."


5. Kalau belum kahwin selalu ada masa untuk makwe mengadu. Makwe mengadu sakit perut pun dia layan lagi. Tapi lepas kahwin bini mengadu pening kepala terus suruh cari ubat sendiri kat dalam almari. Pastu membebel lagi cakap awak ni macam-macam la sakit.

6. Sebelum kahwin makwe bagitau teringin nak makan pizza, terus pergi belikan. Siap delivery depan rumah. Lepas kahwin isteri ajak nak makan pizza cakap duit takdela, masak je la, awak ni mengada-ngada la.

7. Sebelum kahwin makwe siap setengah jam pun sanggup tunggu depan pintu rumah. Lepas kahwin, isteri bersiap lambat 5 minit pun dah marah-marah. Dah la nak siapkan anak lagi.

Bagi yang dah berkahwin tu, kau pernah tak buat macamtu? Kalau pernah buat, mohon terasa. Bawa-bawa la berubah. Mohon sentap la kalau terkena.

Bercinta selepas kahwin lebih baik dan untung. Kau tak perlu hipokrit. Kau tak perlu berlakon jadi orang lain. Pasangan kau akan terima kau seadanya. Baik buruk kau pun dia akan terima dengan hati yang terbuka.

Kau jadi diri kau sendiri je lepas kahwin. Tak perlu nak tunjuk macho. Tak perlu nak berusaha pikat hati makwe kau. Tak perlu perabih duit, belikan hadiah mahal, belikan patung beruang besar, beli baju sedondon semua tu.

Ada orang cakap, "mana ada orang bagi umpan lagi pada ikan yang dah terkena pancing". Apa gila kau nak samakan isteri kau dengan ikan. Percintaan ni macam bunga mawar la kalau tak dijaga elok, tak diberi air, akan layu jugak!

Kau tak perlu bazirkan duit sebab risau makwe kau tinggalkan kau. Kena tinggal pun tak reti reti nak move on. Baik habiskan duit pikat hati isteri daripada habiskan duit pikat hati makwe. Belum tentu makwe tu jadi isteri kau.

Tapi isteri tu dah jadi sebahagian daripada diri kau. Yang akan bersama-sama susah dan senang dengan kau. Kah!

Pengajaran : Kalau bercinta jangan nak sweet-sweet sangat. Nanti dah kahwin hilang sweet tu semua. Bercinta tak payah lama-lama. Kenal sekejap, dah rasa berkenan, masuklah meminang.

Bila dah kahwin, suami dan isteri kena sama-sama berusaha mewujudkan kebahagiaan dan kemesraan dalam rumah tangga. Ada masalah, bincang. Bukan tengking. Simple.

Kesimpulannya, bila dah anda pasangan dan kewangan dah kukuh boleh lah terus halalkan hubungan tersebut. Tidak perlu tunggu lama-lama lagi dah. Yakin dan pasti bahawa si dia adalah jodoh anda yang sebenar.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,098 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen