9 Cara Mudah Pikat Hati Pasangan Yang Mesti Diamalkan Jika Ingin Hubungan Berpanjangan.

 

Masa bercinta, bukan main bersungguh kita berusaha untuk memikat hati si dia. Tak kenal erti penat atau kalah, semuanya sanggup berkorban. Tapi jangan selepas nikah, segala usaha terus dihentikan. Jangan biarkan fasa percintaan itu hilang terus! Sebaliknya, masa inilah yang seharusnya digunakan untuk bercinta sepenuhnya! Tak ada siapa yang boleh berkata apa-apa lagi. Usahalah untuk kebahagiaan yang berkekalan. Jom baca tips-tips ini untuk cara-cara mudah memikat hati si dia!



1. Ikat perut si dia.

Seperti kata orang tua, hendak ikat hati, ikatlah perutnya terlebih dahulu. Ramai orang yang suka sekiranya si gadis pandai memasak. Cuba selidik mengenai masakan kegemaran si dia dan masakkan kepadanya, tentu dia suka.

2. Menjadi diri sendiri.

Jangan ubah diri anda hanya untuk menarik perhatian si dia. Mana tahu ada keistimewaan anda di situ. Yakinlah pada diri sendiri. Semua orang ada sifat baik dan buruknya yang tersendiri jadi gunakan sifat-sifat itu untuk saling melengkapi!



3. Berpegang pada Agama.

Jaga batas-batas pergaulan dan janganlah terlampau melampau batas. Siapkan diri dengan ilmu agama yang secukupnya. Ingatlah bahawa sejahat-jahat lelaki pun akan mencari gadis yang baik-baik untuk dijadikan suri hatinya. Lebih menjadi keistimewaan bila kamu pandai membaca Al-Quran.

4. Manja dengan si dia.

Tidak salah kelihatan manja untuk tarik perhatian si dia. Namun begitu, janganlah sehingga nampak seperti 'gedik' dan mengada-mengada. Bimbang dia tidak suka dengan cara kamu itu.

5. Ajak si dia melakukan aktiviti bersama-sama.

Pada masa terluang, ajaklah si dia lakukan aktiviti di luar bersama-sama. Dari situ, kamu akan dapat tahu apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka. Kamu juga akan dapat belajar cara dia melakukan sesuatu hal dan menyelesaikan masalah.



6. Jadi seseorang yang dia percayai.

Jadi pendengar setia si dia, jika si dia mempercayai anda, lebih mudah untuk anda mengenali antara satu sama lain. Berikan perhatian kepadanya tatkala si dia dilanda masalah. Lelaki pun mahu seseorang yang akan menjadi pendamping yang setia.

7. Gunakan lirikan mata anda.

Dari mata turun ke hati, senjata utama para gadis adalah lirikan mata anda. Suami pasti mudah cair bila si isteri mempunyai lirikan mata yang menawan. Jadi, gunakan senjata itu sebaiknya contohnya untuk sejukkan hatinya bila ada bersedua sedang bergaduh manja.

8. Cairkan hatinya dengan senyuman menawan.

Jangan kedekut dengan senyuman. Bukankah senyuman itu satu sedekah. Namun diingatkan jika ketawa jangan keterlaluan bimbang nanti dikata tidak begitu sopan bagi seorang gadis seperti kamu.

9. Sokong minatnya.

Jangan sesekali cuba mengongkong si dia. Biarkan saja jika si dia ingin melakukan sesuatu yang diminatinya. Berikan sokongan dan kata perangsang kepadanya. Jika dia seorang pemain bola sepak, kamu boleh turun setiap kali dia bermain bola bersama pasukannya. Tunjukkan diri kamu adalah penyokong setianya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 383,716 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen