Cinta Bukan Hanya Perlukan Kasih Sayang Tetapi Ia Juga Perlukan Pengorbanan.

 

Bercinta itu sememangnya menyeronokkan dan terasa begitu bahagia sekali, tetapi apabila terlibat dengan pergaduhan, serta salah faham ia tidak akan menyeronokkan lagi. Hal ini kerana, apabila anda memilih untuk bercinta, anda tidak boleh hanya memikirkan satu yang gembirakan hati anda sahaja, anda juga harus memikirkan sesuatu yang akan melukakan hati anda. Sebab itu dalam cinta adanya pengorbanan. Tapi apa pengorbanan yang perlu dilakukan? Mari ketahuinya.



1. Menjadi penyokong pasangan.

Apabila pasangan anda mengalami saat sukar untuk dilalui, anda perlulah menjadi seseorang yang setia disisinya. Menjadi penyokong, berikan kata-kata nasihat serta semangat untuknya. Berkorban masa dan tenaga untuk pasangan agar dirinya kembali bersemangat semula. Walaupun anda tidak berada dalam keadaan terpaksa, anda perlu juga berkorban untuk dirinya.

2. Membuat persetujuan bersama.

Mencapai kata sepakat kata persetujuan bersama tidak mudah, terutama jika masing-masing terlalu sibuk dengan urusan tersendiri. Tetapi anda perlu juga mencari kata sepakat yang akan membuatkan terpaksa berkorban mengenai urusan anda. Ia bukan untuk kepentingan diri pasangan anda tetapi untuk hubungan anda bersama.


3. Mengalah.

Perkataan maaf ini bukan terlalu mudah untuk diluahkan apabila anda tidak melakukan kesalahan. Tetapi demi mendapatkan kesejahteraan dalam hubungan bersama anda seharusnya mengalah walaupun kadang kala anda tidak bersalah dalam pertengkaran tersebut. Pasti sukar untuk mengakui salah apabila kita tidak melakukan perkara tersebut. Jadi dari situlah kita perlukan sedikit pengorbanan dalam hubungan.

Dalam bercinta ini tidak boleh syok sendiri, dan tidak juga sentiasa memuaskan hati anda. Maka dengan itu, anda perlulah sentiasa bersedia untuk berkorban sekiranya anda sayang akan hubungan anda.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,882 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen