Sering Mengungkapkan “Semoga Berbahagia Hingga Jannah…”, Tetapi Tahukah Anda Maksud Sebenar Ungkapan Ini?

 

Trend terkini, ramai anak muda bercinta dan ber-couple, malah sering memuatnaik gambar bersama pasangan di sosial media. Caption “Semoga bahagia ‘til jannah”. Berpegang tangan, berpelukan dan bersandar pada bahu teman lelaki. Ratusan komen juga mendoakan pasangan tersebut semoga berbahagia sehingga jannah.



Ungkapan sebegini seperti mencemarkan kesucian Jannah tersebut gara-gara pasangan yang tiada ikatan sah begini. Tidak salah jika mahu mendoakan ayat-ayat yang baik, cuma perlulah kena dengan tempat. Berdoalah ayat yang baik ini pada mereka yang bakal berkahwin dan telah berkahwin, kerana ungkapan ini bermaksud…

1. Untuk membuatkan pasangan memahami tanggungjawab sebenar.

Tanggung jawab sebenar sebagai suami dan isteri. Lelaki tahu peranan sebagai bakal suami dan bapa, manakala wanita tahu peranan mereka sebagai isteri dan bakal ibu. Bukannya untuk pasangan yang belum bernikah untuk bertindak sebagai suami isteri tetapi belum ada ikatan yang sah. Jangan lah salah ertikan ungkapan ini. Ambil tahu tanggung jawab yang besar ini supaya boleh sama-sama ke syurga.



2. Untuk membuatkan pasangan memperkuatkan keimanan kepada Allah SWT.

Sebagai anak muda yang belum berkahwin, jangan lah menyangka dugaan rumah tangga itu mudah. Jangan lah terlalu terpengaruh dengan drama melayu, jika berkahwin dengan lelaki kaya, anda hanya goyang kaki dirumah atau mempunyai orang gaji untuk melakukan apa sahaja urusan rumah tangga. Sehingga lupa peranan sebagai seorang isteri.

Ketika alam perkahwinan lah, hasutan syaitan semakin banyak kerana jika keimanan yang menipis, pasti anda akan mudah terpengaruh, tercela dan ternoda.

3. Untuk mendidik pasangan ke arah Syurga.

Apabila telah berkahwin, ketika ini lah untuk sama-sama mendidik antara satu sama lain menjadi Muslim sejati. Mendidik pasangan tentang ilmu keagamaan dan kekeluargaan yang berlandaskan Islam, seperti mendidik isteri untuk menutup aurat, perbetulkan bacaan dalam solat dan sebagainya.



4. Untuk mendoakan pasangan mendapat zuriat yang baik.

Jika anda mengungkapkan ayat “Semoga bahagia ‘til jannah” kepada pasangan muda yang belum bernikah, apakah maksud ungkapan tersebut? Supaya mereka memiliki anak ketika belum bernikah? Hati-hati dengan ungkapan ini, jangan lupa kata-kata adalah satu doa.

Jadi sudah tentu kita mahukan pasangan yang telah berkahwin mempunyai zuriat yang baik kelak kerana ia adalah pewaris generasi akan datang. Malah ia adalah amanah dari Allah SWT.

5. Untuk mendoakan pasangan sentiasa membuat Amal Jariah.

Ini kerana amal jariah adalah amalan yang dapat membantu manusia di akhirat kelak. Dengan amal jariah seperti bersedekah mampu membuatkan kita sentiasa ingat pada Allah kerana orang-orang yang tidak berkemampuan ini. Jalan kepada Allah SWT menjanjikan  kita untuk mendapat pasangan yang baik, beriman dan bahagia. Insya Allah.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,346 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen