Miliki Satu Hati Tetapi Mencintai Dua Insan, Boleh Ke?

 

Pernah tak anda mencintai pasangan anda tetapi anda suka orang lain. Ia membuat anda sukar untuk memilih yang mana adalah yang terbaik untuk anda. Anda juga percaya bahawa cinta itu melibatkan dua orang sahaja, bukan melibatkan orang ketiga. Namun begitu, boleh ke seseorang itu mencintai dua orang insan? Kalau tidak boleh, bagaimana dengan poligami? Mari ketahui.



1. Mempunyai fahaman cinta yang berbeza.

Setiap orang mempunyai fahaman mengenai cinta dengan cara yang berbeza. Apa maksud cinta yang sebenarnya? Maksud cinta boleh dibentuk dari pengalaman hidup yang unik dan tidak boleh digantikan. Anda mungkin menganggap penyayang lebih daripada satu orang adalah satu bentuk ketidaksetiaan, tetapi yang lain menganggapnya sebagai sesuatu yang semulajadi. Dan pemahaman yang berbeza bukan perkara yang salah.

2. Cinta sering kali berubah-ubah.

Perasaan cinta itu boleh berubah-ubah bergantung pada situasi anda. Kemungkinan ia akan jatuh cinta pada setiap orang dalam keadaan yang berbeza. Cinta bukan hanya masalah hati. Maka dari itulah, jangan membenci diri sendiri ketika kamu harus move on demi mencari cinta baru kerana yang lama sudah tidak lagi membahagiakan!

3. Tarikan terhadap pasangan lain boleh jadi ia cinta.

Cinta juga boleh menjadi kepentingan kepada seseorang. Boleh jadi ia mencintai kerana ia tertarik dengannya tidak kiralah ia berkaitan dengan pengalaman hidup mahupun keperibadian. Setiap orang mempunyai berlainan fahaman mengenai cinta.


4. Anda rasa tidak kehilangan cinta walaupun berpisah.

Sekiranya anda kehilangan pasangan, kawan, atau keluarga tercinta dalam apa jua bentuk, ingat bahawa cinta yang anda rasakan tentangnya tidak benar-benar hilang. Tidak mengapa jika anda masih tersenyum tentang kenangan baik anda dengan bekas kekasih atau menangis. Apabila anda merindui ahli keluarga anda yang telah meninggalkannya.

Hal ini kerana semuanya bergatung kepada maksud cinta yang seseorang itu anggap. Anda tidak boleh menukar pendapat mereka untuk sama dengan pendapat anda. Makai a boleh jadi lahirnya dua orang dalam satu hati.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 374,149 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen