Sebagai Anak Perempuan Dan Bakal Isteri, Jangan Lah Membiarkan Ayah Atau Suami Anda Digelar Lelaki Dayus.

 

Memikul tanggung jawab sebagai seorang lelaki tidak mudah, terutamanya apabila telah bergelar suami atau bapa. Kadang-kala menjadi seorang suami atau bapa ini, terlalu banyak tanggung jawab sehingga mudah menjadi terlupa kerana tertekan. Oleh kerana itu, adanya peranan isteri untuk sentiasa mengingatkan peranan mereka sebagai suami atau bapa.



Jadi, secara tidak sedar sudah tentu mereka kadang-kala terlalai dengan tanggung jawab ini yang akhirnya digelar lelaki dayus. Maka kita sebagai anak perempuan  yang bakal menjadi isteri dan ibu pada anak-anak perlu ingat perkara yang menyebabkan lelaki menjadi dayus.

CIRI-CIRI LELAKI DAYUS MENURUT ISLAM

1. Membiarkan kecantikan, aurat atau bentuk badan isteri dinikmati oleh lelaki lain sewaktu berada di luar rumah.

2. Membiarkan isteri balik lewat dari tempat kerja. Sebagai suami anda tidak ambil peduli isteri anda bersama lelaki lain, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yg menghantarnya pulang ke rumah.



3. Membiarkan aurat isteri atau anak perempuan yang telah dewasa terdedah semasa menaiki motor atau kenderaan lain ketika berada di luar rumah.

4. Membiarkan anak perempuan keluar ‘dating’ dengan teman lelaki atau mana-mana lelaki yang bukan mahram.

5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah. Kononnya ibu bapa zaman sekarang memahami dan berfikiran terbuka.

6. Menyuruh dan berbangga dengan isteri atau anak perempuannya memakai pakaian yang seksi di luar rumah.



7. Membiarkan isteri atau anak perempuannya menjadi pelakon dan membiarkan mereka berpelukan dengan lelaki lain. Alasannya atas tuntutan kerja atau lakonan semata-mata.

8. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

9. Membiarkan isteri disentuh tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang dibenarkan oleh Islam.

10. Membiarkan isteri bersalin dengan disambut oleh doktor lelaki kecuali dalam keadaan darurat.



11. Membawa isteri atau anak perempuan untuk dirawat oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik atau hospital yang mempunyai doktor wanita.

12. Membiarkan isteri pergi kerja dengan menumpang teman lelaki sepejabatnya dan membiarkan isteri kerap berdua-duaan dengan pemandu lelaki lain tanpa sebarang cemburu.

Oleh kerana itu, perlunya didikan ilmu agama daripada kecil terutama dari ibu dan bapa. Jika ibu bapa hidup tidak berteraskan ilmu agama sebegini, khuatir ia akan memberi kesan pada jangka masa yang panjang kelak. Sayangilah bapa dan suami anda, dan jangan lah masukkan mereka dalam kategori lelaki dayus kerana lelaki dayus diharamkan masuk ke syurga. Sayangilah diri dan keluarga anda demi kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat.



 

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,144 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen