Panduan Rahsia Untuk Jayakan Perhubungan Jarak Jauh Anda.

 

Tidak payah diulang lagi bagaimana rasa sakit dan rindunya apabila menjalinkan hubungan jarak jauh ini. Perhubungan ini selalu menjadi cabaran yang begitu berat sekali untuk mereka yang bercinta. Bukan itu sahaja, kebanyakan pasangan akan menyerah kalah lebih awal lagi apabila terlibat dalam hubungan seperti ini. Tahukah anda terdapat panduan rahsia yang mampu kekalkan hubungan anda yang berjauhan itu. Mari ketahuinya.



1. Balas mesej dengan pantas.

Jangan biarkan si dia menunggu lama. Hal ini kerana untuk menggelakkan kualiti mood anda dan pasangan tidak terjejas hanya kerana penat menunggu. Jangan membalas ketika anda sedang sibuk kerana anda tidak akan mampu tumpukan perhatian kepada dirinya. Apabila anda sibuk, cuba untuk beritahunya dahulu agar dia tidak tertunggu-tunggu akan anda.

2. Menelefon pada malam hari.

Pada waktu siang sudah pasti masing-masing sibuk dengan pelbgai aktiviti sendiri. Maka, pada waktu malam pasti banyaka masa yang terluang. Pada ketika inilah anda sesuai untuk berbual tanpa sebarang gangguan. Mana tidaknya, pada waktu siang pasti banyak gangguan hingga anda tidak mampu fokus kepada dirinya.

3. Video call seminggu sekali.

Bagi membuat rasa rindu itu semakin bertambah, lakukan video call seminggu sekali sahaja. Hal ini akan membuatkan dirinya rasa tertunggu ingin melihat wajah anda. Bukan itu sahaja, pasti anda dan dirinya akan ternanti-nanti waktu itu.


4. Aturkan pertemuan pada waktu yang sesuai.

Jangan mendesak untuk bertemu. Cuba untuk fahami keadaan dirinya. Maka cuba cari waktu yang bersesuaian di mana anda dan dirinya mempunyai waktu lapang yang panjang. Sebagai contoh pada hujung minggu ataupun pada cuti yang panjang.

5. Aturkan untuk berdua.

Pastikan anda bijak untuk mengatur jadual anda dan dirinya. Tidak kiralah untuk berhubung ataupun untuk berjumpa. Jika anda berjumpa dengannya namun dirinya sibuk, maka lambatkan sedikit waktu balik anda. Ia kerana untuk anda dan dirinya mempunyai masa yang tersendiri tanpa gangguan.

Bukan mudah untuk menjalinkan perhubungan seperti ini. Namun, jika anda dan pasangan mempunyai kata sepakat yang kuat pasti ia mampu membuat anda berkekalan dan berakhir dengan bahagia.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,404 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen