Masih Wujudkah Lelaki Yang Kacak Dan Memiliki Cukup Pakej? Jom Ketahui Ciri-Ciri Lelaki Tersebut.

 

Ramai yang tidak menafikan tanggung jawab seorang lelaki bertambah menjadi besar dan berat terutamanya jika setelah berumah tangga. Jika mereka adalah anak sulung dan mempunyai adik yang ramai pasti lebih berat tanggungjawabnya. Hanya wanita yang bertuah sahaja dapat mendampingi mereka.

Namun masih ada lagikah lelaki yang mempunyai pakej ke arah sempurna untuk menjadi bakal suami? Siapakah mereka?

1. Lelaki yang menjaga solat lima waktu.

Sebagai muslim, solat 5 waktu adalah perkara nombor 2 selepas mengucapkan Kalimah Syahadah. Bagaimana mereka mahu menyebut Kalimah Syahadah setiap hari, jika solat pun tidak dijaga, bukan? Sekiranya Rukun Islam yang penting ini tidak dapat dijaga, bagaimana mahu menjaga isteri kelak?



2. Lelaki yang hormat ibu bapa.

Wanita diluar sana, jangan risau jika teman lelaki anda lebih mementingkan ahli keluarga terutamanya ibu mereka sebelum berkahwin. Anda perlu tahu, anda akan menjadi keutamaannya juga setelah berkahwin dengan si dia kelak.

3. Lelaki yang jaga pandangannya.

Lelaki sebegini tidak sewenang-wenangnya mudah tergoda. Ini kerana dia menjaga pandangannya. Hanya memandang perkara yang baik. Dia menundukkan pandangannya daripada memandang sesuatu yang boleh mendorong kepada dosa.



4. Lelaki yang rajin berpuasa.

Kita pasti tahu lelaki tiada sebarang alasan untuk tidak berpuasa ketika bulan Ramadhan kecuali benar-benar sakit yang memudaratkan. Tetapi dia adalah seorang lelaki yang jarang diketemui jika rajin berpuasa sunat untuk mengawal nafsunya.

5. Lelaki yang bijak memimpin.

Lelaki ini sudah memikirkan dan pelajari tanggung jawab sebagai seorang lelaki, suami dan bapa kelak. Dia adalah seorang yang matang dan rasional dalam setiap tindakannya. Dia sentiasa berjaga-jaga untuk menyelamatkan ahli keluarganya dari segala aspek.



Seperti firman Allah SWT;

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka….”(An-Nisa’: 34)

Seorang lelaki tidak boleh bersikap acuh tak acuh dalam aspek memikul tanggungjawab. Kegagalan menjalankan tanggungjawab dalam rumahtangga boleh menyebabkan banyak kepincangan. Lelaki perlu cukup pakej untuk menjadi lelaki sejati bagi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Lelaki yang hebat boleh mengubah seorang wanita yang rendah akhlaknya menjadi Muslimah sejati.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,839 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen