Pertengkaran Dalam Hubungan Menambah Kemesraan Bersama, Betul Ke?

 

Ramai orang tidak pernah memikirkan sudut baik yang ada dalam satu pergaduhan yang kerap kali terjadi dalam hubungan anda. Kebanyakkannya memikirkan bahawa pergaduhan dan pertengkaran itu hanya akan mendatangkan keburukan kepada hubungan anda. Sebenarnya pergaduhan ini akan mendatangkan perkara yang baik sekiranya anda masih lagi menghormati dan menghargai pasangan anda. Berikut adalah tips-tips yang betul apabila bergaduh dengan pasangan tanpa melukakan hati pasangan.



1. Perselisihan sememangnya membuat seseorang menjadi tegas dalam pendirian mereka. Namun begitu, anda dan pasanga perlu ingat bahawa kata-kata seperti menghina, merendahkan,
serta menghakimi pasangan hanya akan memburukkan keadaan. Maka elakkan perkara itu berlaku demi hubungan yang lebih sejahtera.

2. Beri tumpuan kepada isu utama yang menjadi punca. Jika anda dan pasangan telah lama bertahan dan berjuang dengan hujah-hujah tersendiri, kembali untuk mengingati punca
pergaduhan itu berlaku. Dan berbincang dari mula.

3. Mulakan pergaduhan dengan kata-kata lembut. Jangan sesekali terus menjerit atau menghempaskan sesuatu kepadanya. Tunjukkan kepada pasangan bahawa anda memahami keadaan emosinya, hal ini akan menyebabkan dirinya juga akan berlembut dengan anda.


4. Jika anda terus menyerang pasangan anda tanpa mengawal emosi, ada kemungkinan pasangan hanya melahirkan hujah mempertahankan dirinya. Anda juga akan sibuk untuk mempertahankan diri anda sehingga lupa sebab utama anda menyerang pasangan anda.

5. Elakkan pertengkaran di tempat awam. Sekiranya anda berada di luar rumah, cuba untuk mengajaknya berbincang dengan cara yang elok di tempat yang lebih aman dan privacy sedikit. Jangan terlalu terdedah kepada orang ramai apabila melibatkan pergaduhan.

6. Sekiranya anda yang melakukan salah, adalah lebih elok anda mengalah dan memohon maaf kepadanya. Kata-kata maaf itu mampu melembutkan hati seseorang. Bukan itu sahaja, ia juga mampu membuat anda dan pasangan kembali mesra seperti sebelumnya.

Di mana munculnya kemesraan? Sudah pasti ia akan muncul selepas anda dan pasangan anda berbaik. Dengan pergaduhan dan perbincangan secara sihat tanpa melukakan sesiapa ini akan membuatkan anda lebih mengenali pasangan anda. Bukan hanya itu, anda juga lebih tahu apa yang terbaik untuk hubungan anda dengannya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,991 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen