Sebab-Sebab Orang Lelaki Takut Bini.

 

Kerap kali kita akan dengar bila seorang lelaki itu tidak melawan atau hanya menurut kata isterinya ia dipanggil takut bini. Tetapi betul ke mereka ini takut bini, ataupun kelakuan mereka itu hanya mahu menghormati isteri mereka yang di kasihi. Mari ketahuinya.



1. Terlalu sayangkan bini demi kebahagiaan bersama.

Jika kita sayangkan seseorang itu pasti kita sentiasa menjaga hati dan perasaan dia dengan baik. Andai anda dan isteri bertengkar sudah pasti keadaan menjadi bertambah rumit. Sebagai suami yang penyayang, anda terpaksalah mengalah. Lagipun jika terpaksa berdebat, anda tetap akan kalah!

2. Umur isteri lebih tua daripada suami.

Biasanya mereka yang punya isteri lebih tua cenderung menjadi suami yang hormat dan tunduk pada isterinya. Anda tidak berani untuk mengeluarkan mendapat meskipun diminta. Bahkan, ada juga lebih senang mendiamkan diri. Biarpun isteri lebih tua daripada anda, tetapi ada adalah ketua keluarga. Semua keputusan dalam rumahtangga berada di tangan anda.

3. Gaji isteri lebih tinggi berbanding gaji suaminya.

Perempuan yang mempunyai pendapatan lebih tinggi biasanya lebih dominan, termasuk dalam hal rumahtangga. Merasa memiliki kuasa yang besar ke atas gajinya, isteri cenderung lebih mengawal urusan rumahtangga termasuk mengatur suami. Akibatnya, anda menjadi suami yang takut pada isteri!


4. Isteri penuntut dan cemburu.

Ciri-ciri suami takut isteri juga boleh dilihat daripada sikap isterinya. Seorang isteri yang kuat cemburu dan suka menuntut boleh membuat suami takut isteri. Biasanya si isteri akan mengawal apa-apa aktiviti yang anda dilakukan, menentukan ke mana anda boleh pergi, siapa yang boleh anda jadikan teman atau apa yang boleh anda perkatakan serta cuba mengawal anda melalui perasaan bersalah anda.

Sebelum anda membuat kesimpulan terhadap perhubungan suami isteri tersebut adalah lebih sekiranya anda berfikiran positif. Tidak semua lelaki takutkan bini mereka. Boleh jadi ia adalah tanda hormat mereka kepada isterinya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 366,374 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen