Masalah-Masalah Yang Bakal Anda Hadapi Apabila Menjelang Hari Pernikahan.

 

Dalam hidup ini, tidak semua hal dapat berjalan dengan apa yang kita inginkan. Hal ini kerana pasti ada saja masalah yang mungkin muncul di dalam perjalanannya, termasuk salah satunya adalah saat mendekati hari pernikahan. Berikut adalah masalah yang anda akan hadapi apabila menjelang hari pernikahan anda. Mari ketahuinya.



1. Anggaran perbelanjaan untuk majlis.

Semua orang pasti tahu kalau perbelanjaan perkahwinan ini tidak mudah. Apalagi jika orang tua menghendaki satu majlis yang mewah dan menjemput ramai orang. Sudah pasti anggaran untuk perbelanjaan perkahwinan akan berubah setiap kali anda membuat catatan. Cara yang terbaik adalah, cuba untuk berfikiran jauh dengan membuat majlis mengikut kemampuan anda agar pada masa akan datang anda tidak terikat dengan hutang.

2. Kesibukan kedua-dua bakal pengantin.

Biasanya kedua-dua pasangan akan sibuk untuk menyiapkan tugasan mereka sebelum bercuti panjang. Dalam kesibukan kerja itu, mereka juga akan sibuk dengan persiapan pernikahan mereka. Ini yang menyebabkan anda serta pasangan akan sedikit tertekan dengan segala persiapan ini.

3. Baju perkahwinan masih belum siap.

Lagi beberapa hari sahaja majlis akan berlangsung, tetapi baju pernikahan serta persandingan masih lagi belum siap atau belum dijahit. Hal ini kerana anda sendiri yang lambat menghantarnya ke tukang jahit. Jadi apa lagi anda perlu memikirkan sesuatu yang cepat dan mudah. Sama anda menyewa baju atau membayar lebih untuk pakaian anda.


4. Tidak yakin dengan keputusan anda.

Apabila semakin hampir hari, semakin berbolak balik lah hati anda akan keputusan yang telah anda lakukan. Jika anda tidak yakin anda tidak tahu bahawa dirinya itu adalah jodoh anda. Maka anda harus berani untuk mencuba dan jangan mengalah dengan godaan syaitan.

5. Perbezaan pendapat dengan keluarga.

Selain restu dari orang tua, kadang ada saja perbezaan pendapat dengan keluarga ini boleh jadi masalah utama. Masalah ini muncul apabila anda tidak mempunyai pendapat yang sama dengan keluarga anda. Dan masalah seperti ini akan membuat anda dan keluarga dalam keadaan tegang.

Banyak lagi masalah yang akan timbul sekiranya anda tidak membuat catatan dengan betul dalam menyelesaikan masalah anda. Jangan sesekali membuat keputusan last minute!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,416 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen