Tips Untuk Berbual Dengan Ibu Mertua.

 

Untuk mengambil hati ibu mertua, kunci utama adalah dengan menjadi diri sendiri. Malah komunikasi bukan sahaja penting dalam hubungan cinta, ia juga penting antara hubungan anda dengan ibu mertua. Untuk mengambil hati mereka, melalui kata-kata sahaja pasti dapat dinilai oleh mereka, oleh itu seharusnya kita menjaga kata-kata.

1. Lebih baik berdiam jika tiada kata-kata baik untuk dibualkan.

Etika utama dalam perbualan adalah anda harus memilih ayat atau perkataan yang baik didengar. Pemilihan kata-kata yang baik bertujuan untuk tidak menyakitkan hati ibu mertua kelak.

2. Berbual perkara yang penting sahaja.

Apabila anda terlalu selesa dengan ibu mertua, ia membuatkan anda akan banyak berbicara dan membuka pekung di dada. Malah dengan kata-kata sahaja, orang dapat menilai jika anda seorang yang berpelajaran atau tidak. Jadi, bualkan perkara yang penting sahaja.



3. Elak untuk berbual perkara yang tidak ketahui kesahihannya.

“Eh, betul ke cerita tu?”

“Entah la mak, betul la kot…”

Jika anda sering ragu-ragu dengan cerita yang dibualkan dan meletak ‘Kot’ dihujung ayat, pasti ibu mertua seperti sukar untuk mempercayai anda kelak.

4. Elakkan mengumpat.

Ya, ibu si dia sudah menjadi ibu mertua anda, tetapi ia bukan lesen untuk anda boleh berbual tentang segala isu. Maka, jagalah kata-kata, jangan terlalu suka mengumpat dan menyindir.



5. Elakkan berdebat.

Anda boleh dikatakan suka sangat melawan kata, kadang-kala melawan kata-kata ibu bapa, kata-kata majikan juga ada sahaja yang anda mahu protes. Jadi, jangan pula anda berani berdebat dengan kata-kata ibu mertua.

6. Elakkan membuat ibu mertua tertawa dengan cara perkecilkan seseorang.

Sama juga seperti mengumpat atau menyindir. Anda seperti memperkecilkan seseorang lantas tertawa bersama. Bukan kah lebih elok cerita sahaja perkara yang positif tanpa memperkecilkan orang lain.



7. Berbual dengan nada suara yang rendah tapi jelas.

Ketika berbual dengan ibu mertua, anda perlu lah bertenang dan mempunyai nada suara yang sedap didengar. Tidak perlu menjerit sehingga mereka tidak senang duduk, bukan itu caranya untuk mengambil hati ibu mertua. Namun, dengan suara yang lemah lembut ia perlulah disuarakan dengan yakin dan jelas.

8. Elakkan menyampuk.

Dan yang paling penting dalam perbualan adalah, tidak memotong perbualan mereka atau pun menyampuk. Hormati lah mereka sebagai ibu mertua, perlakukan mereka seperti ibu kandung anda sendiri dan hormati setiap pendapat mereka.



 

 

 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 489,063 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen