Bagaimana Sosial Media Dapat Mempengaruhi Kehidupan Anda Setelah Berkahwin?

 

Sebelum berkahwin anda merasakan sosial media adalah segala-galanya kerana ia adalah tempat anda untuk meluahkan perasaan, memuatnaik gambar kesukaan anda, mencari kenalan mahupun jodoh, malah boleh menonton rancangan kegemaran tidak kira masa dan waktu.

Tetapi apa yang anda perlu tahu adalah, penggunaan sosial media yang melampau akan memberi kesan yang buruk pada anda malah pasangan sendiri juga. Oleh kerana itu terdapatnya mereka yang suka mengungkapkan “Lebih baik kahwin sahaja dengan telefon bimbit” kerana, 24 jam berkepit dengan telefon bimbit sahaja.



Jom ketahui antara perkara yang anda patut titikberatkan…

1. Sensitif.

Sebelum anda mahu memuatnaik gambar/status yang sensitif atau privasi anda dengan pasangan, fikir dahulu akibat daripada kelakuan anda tersebut. Anda perlu ingat, hidup anda sekarang berpasangan dan bukan lagi bujang. Jadi setiap post anda pasti akan membuat si dia terasa walaupun ia sekecil isu.



2. Password.

Jika kepercayaan yang tinggi antara pasangan, anda tidak kisah untuk berkongsi password. Sekarang ini anda perlu membuka minda, bertukar password bukannya tidak percaya, tetapi jika ada sesuatu kecemasan terjadi, pasangan boleh delete akaun bila perlu. Contoh jika berlaku kematian, akaun akan di delete untuk mengelakkan post yang lama seperti yang memalukan atau menjengkelkan memburukkan nama si mati. Pasti akan terkenang dan menjadi buah mulut orang ramai.

3. Obsesi.

Anda terlalu obsess dengan telefon bimbit, dan seperti terlupa pasangan ada disebelah anda. Setiap masa anda seperti ketagih untuk scroll timeline facebook, instagram dan twitter. Malah secara tiba-tiba anda ada keinginan untuk membaca kembali perbualan yang lama dengan rakan-rakan, atau group whatsapp. Jangan abaikan pasangan di depan mata.



4. Meroyan.

Sedih, marah, geram, terkilan, sakit hati, tidak kira apa jua emosi yang anda sedang alami pasti semua emosi tersebut ingin dimuatnaik pada mana-mana sosial media. Malah setiap sosial media, sama sahaja status anda. Jika anda bergaduh dengan si dia juga, anda tidak malu untuk menceritakan di sosial media.

5. Insecure.

Anda terlalu menganalisi setiap komen dan ‘like’ si dia pada post orang lain, atau rakan-rakan. Anda berasa tidak selamat jika si dia memberi komen atau nasihat yang baik-baik pada orang lain. Dan sudah tentu anda berasa cemburu, secara tidak sedar anda tidak memberitahu si dia perkara sebenar dan menyembunyikan perasaan insecure tersebut. Sehinggalah berlaku pergaduhan.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,194 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen