Jangan Risau Kalau Tak Pandai Nak Rancang Honeymoon Secara Berfasa. Boleh Rujuk di Sini.

 

Setiap individu pasti mengidamkan perkahwinan yang berkekalan sehingga ke akhir hayat. Oleh itu, usaha pasangan untuk mengimarahkan perkahwinan mereka penting termasuklah perancangan untuk berbulan madu secara berfasa. Berikut cadangan kami.



Selepas setahun berkahwin.

Anda berdua masih di dalam ‘honeymoon year’ dan masih di dalam proses untuk menstabilkan kedudukan kewangan anda. Tidak perlu ke Paris atau Milan untuk berbulan madu kerana bimbang kosnya akan membebankan anda berdua. Oleh kerana anda berdua masih muda, apa kata anda rancang percutian yang lebih mencabar. Pergi backpacking ke Terengganu atau daki Gunung Kinabalu di Sabah. Aktiviti seperti ini boleh menambahkan persefahaman anda berdua kerana ia memerlukan banyak kerjasama.



Selepas 5 tahun berkahwin.

Ketika ini mungkin anda sudah mempunyai anak dan tempoh inilah yang sangat penting untuk anda kembali bercinta seperti zaman sebelum berkahwin. Setelah ada anak, keutamaan lebih tertumpu kepada mereka dan kadangkala anda berdua terlupa untuk ‘candlelight dinner’ bersama sehingga hilang unsur-unsur romantik di dalam perkahwinan. Untuk itu kami cadangkan anda untuk pergi ke negara yang romantis seperti Paris atau cuba meluncur ski bersama di Switzerland. Jadi, ketepikan duit anda awal-awal untuk sesi bulan madu ini!

Selepas 10 Tahun berkahwin.

Anak-anak sudah mula bersekolah dan anda mahu rehat yang mencukupi daripada kesibukan kerja. Memandangkan kedudukan kewangan sudah semakin stabil, apa kata anda ke Jepun bersama pemandu pelancong dan lihat budaya orang di sana. Atau mungkin, budaya orang India atau Belanda menarik perhatian anda. Berbulan madu dengan pemandu pelancong membuatkan percutian anda lebih teratur dan relaks kerana mereka tahu tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi.


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,856 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen