Baik dan Buruk Bernikah Dengan Sepupu.

 

Seperti Allah SWT telah berfirman:

“…dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu…”(Al-Ahzaab: 50)

Saranan Rasulullah SAW juga membenarkan tetapi tidak menggalakkan perkahwinan ini.  Ini kerana ia untuk mewujudkan kelonggaran bagi mereka yang tiada pilihan lain namun tetap memupuk agar kita sebagai umat Islam merantau untuk mencari pasangan hidup luar daripada keluarga kita.

DARI SUDUT POSITIF

1. Memperkukuhkan ikatan kekeluargaan.

Bagi keluarga yang masih ingin memperkuatkan tali silaturrahim dalam warisan dan keturunan keluarga, pasti ia menjadi satu keutamaan untuk bernikah sesama sepupu. Ini kerana mereka ingin keluarganya menjadi keluarga besar dan kuat garis keturunannya kepada generasi-generasi di bawah.



2. Sudah mengenali mereka daripada kecil.

Seperti yang kita tahu Ta’aruf yang berlandaskan Islam tidak elok jika terlalu lama bagi mereka yang ingin bernikah. Jadi situasi begini sudah tentu menjadi kebaikan jika ingin bernikah dengan sepupu kerana telah mengetahui kehidupan mereka sejak keicl.

3. Tidak sukar untuk mengikuti gaya hidup keluarga.

Keluarga yang ingin mewarisi keturunan nenek moyang dan sudah terbiasa dengan adat mereka, pasti inginkan adat ini berterusan hingga generasi akan datang. Jadi mereka khuatir jika adanya daripada keluarga lain pasti ia akan bercanggah dengan adat dan budaya mereka. Jadi, jika bernikah dengan sepupu sudah tentu ia tidak akan menimbulkan konflik dalam budaya mereka.



DARI SUDUT NEGATIF.

1. Tidak terbentuk ukhwah baru.

Secara amnya jika bernikah dengan keluarga yang baru atau berlainan keturunan akan mendekatkan keluarga yang besar dan jauh. Jadi, jika kita bernikah dengan sepupu terdekat, sudah pasti tidak dapat membentuk ukhwah yang baru, kerana hanya tergolong di dalam keturunan itu juga.

2. Takut jika ada masalah genetik.

Secara saintifik, terdapat kajian yang menunjukkan sekiranya berkahwin dengan sepupu terdekat akan melahirkan anak yang cacat.

“Menurut satu kajian yang dijalankan di daerah Bradford melibatkan populasi Pakistan di situ, memang wujud satu hubungan jelas antara faktor perkahwinan dan statistik kecacatan pada anak yang dilahirkan…



Secara purata, perkahwinan sepupu di antara masyarakat Pakistan di Bradford adalah sebanyak 31% daripada semua perkahwinan yang didaftarkan. Daripada jumlah itu, peratusan kecacatan pada bayi yang lahir adalah 6% pada perkahwinan antara sepupu jika dibandingkan dengan 3% bagi perkahwinan luar keluarga….”(Genetic, The Tech)

Namun sedemikian, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya dan ia adalah aturan daripada Allah SWT. Perkara yang menjadi haram apabila perkahwinan sedarah iaitu seperti nenek dengan cucu atau ayah dengan anak kandung dan seumpama dengannya.

Jadi, sebagai manusia yang diberi akal dan pilihan, buatlah pertimbangan yang sewajarnya.



 

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 313,777 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen