Jangan Bersedih Ketika Cinta Ditolak. Jom Ketahui Cara Untuk Menghilangkan Rasa Sedih.

 

Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman:

“Laa Tahzan Innallaha Ma’ana…”

"Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita".(At Taubah: 40)

1. Allah sentiasa bersama kita.

Seberat manapun masalah yang terbeban, kita tidak bersendirian memikul bebanan itu. Dan tidak perlu ditakutkan jika Allah sentiasa bersama kita.

2. Berzikir.

Allah SWT berfirman;

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia”(Ar-Ra’d: 28)

Dan sentiasalah menyebut “laa Haula wala quwwata Illa Billah” dan “hasbunallah wa ni’mal waqil.”



3. Istighfar.

Apabila berlakunya sesuatu sehingga tidak dapat mengawal emosi, sesungguhnya beristighfar kita untuk menenangkan hati yang sedang sedih.

4. Perbanyakkan solat sunat.

Apabila kita sedang bersedih, berkomunikasi dengan Allah SWT adalah cara yang terbaik untuk kita meluahkan perasaan. Jadi cara untuk berkomunikasi dengan Allah SWT adalah perbanyakkan solat sunat seperti solat taubat, tahajjud, atau solat hajat.



5. Rajin berdoa kepada Allah SWT.

Ketika Rasullullah SAW mendapati Abu Umamah Ra. sedang bersedih di dalam masjid, beliau mengajarkan sebuah doa kepada Abu Umamah untuk menghilangkan kesedihannya.

“Ya Allah, aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada keluh kesah dan kesedihan, rasa lemah dan kemalasan. Aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada sifat penakut dan kebakhilan. Dan aku memohon perlindungan dengan-Mu dari beban hutang dan dikuasai seseorang.” (HR. Abu Daud)

6. Sentiasa berfikiran positif.

Disebalik kejadian putus cinta, pasti ada hikmahnya. Berfikiran positif dan ambil lah hikmahnya. Dengan begitu kita akan belajar untuk memahami apa yang telah diberikan oleh Allah kepada kita meskipun ia terasa buruk. Allah Maha baik, pasti Dia selalu memberikan yang terbaik untuk kita.

Dari Abu Hurairah Ra. Nabi SAW bersabda: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah adalah baik dan tidaklah menerima kecuali yang baik…” (HR. Muslim)



7. Sabar.

Allah SWT Berfirman;

“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar” (Al-Baqarah: 153)

Ketika kita merasa sulit atau sedih, maka bersabarlah. Karena bersabar dapat membuat hati menjadi lebih ikhlas dalam menghadapi masalah yang terjadi. Dan Allah menjanjikan bagi orang yang bersabar akan bersama-Nya.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 315,467 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen