Tips Untuk Mengatasi Rasa Rindu Dan Amalan Doa Ketika Merindui Seseorang Menurut Islam.

 

Sebagai manusia yang mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan dan terlalu menuruti hawa nafsu, pasti perasaan rindu akan mengatasi segala-galanya. Sebelum hanyut dengan hawa nafsu, pastikan anda mengikuti tips untuk mengatasi perasaan rindu dan doa yang boleh diamalkan seperti berikut…

Tips:

1. Sentiasa sibukkan diri sendiri dengan aktiviti yang positif dan produktif seperti pelajaran, pekerjaan, mempelajari ilmu agama atau hafal Al-Qur’an.



2. Berbincang lah dengan si dia untuk bernikah jika sudah bersiap sedia daripada segi mental, fizikal dan batin. Beranikan diri untuk membuat keputusan bernikah kerana ia lebih baik disisi Allah SWT daripada berzina.

DOA YANG BOLEH DIJADIKAN AMALAN.

1. Doa Nabi Yusuf A.S.

Doa ini dipercayai sebagai doa pelepas rindu Nabi Yusuf a.s kepada isteri Siti Zulaikha, dan ia juga sebagai untuk mempermudahkan bertemu jodoh dan mengeratkan hubungan suami isteri.



“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy syamsa Wal Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”(Yusuf: 4)

2. Surah Taha ayat 39.

Usai sahaja membaca doa yusuf, selitkan juga doa daripada surah Taha ini sebagai doa usai solat..

“Wa-alqaytu ‘alayka mahabbatan minnii walitushna’a’laa ‘ainii”

“…Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku...”



3. Potongan Surah Al-Baqarah ayat 165.

Kemudian baca ayat ini selepas surah Taha..

“Yuhibbunahum kahubillahi wallazina amanuu ashaddu hubbanlillah”

“…Mereka mencintainya (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yg beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah…”



4. Potongan surah Al-Imran ayat 14.

Dan diakhri dengan ayat daripada surah Al-Imran ayat 14….

“Zuyyinalinnasi hubbushahawati minannisa’i walbani na walqanaathiril muqanthorotiminazzahabi walfidhah”

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak…”

Namun tiada dalil atau hadith yang dapat mengesahkan kesahihan ini, cuma ia untuk kita memperkuatkan diri dengan sentiasa memperingati Allah SWT sahaja. Supaya kita tidak terlalu menganggungkan pasangan. Jadi boleh juga sekiranya ingin berdoa secara umum….

“Ya Allah, tolong jagakan (nama pasangan) dengan baik disana. Dekatkan hatinya padaku dan lindungi ia dari bisikan syaitan dan lain-lain”



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,875 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen